Isnin, Julai 23, 2007

Dua Cikgu

Faisal Tehrani bersemangat mendedahkan 'rahsia penulisan'

Sabtu lalu saya menghadiri Bengkel Novel Islami anjuran PTS Millenia. Tetapi kali ini yang memberi tunjuk ajar ialah novelis 'ngetop', Sdr Faisal Tehrani a.k.a FT. Alhamdulillah, saya berjaya mendaftarkan diri, malah mengajak sama Hidayah, teman seperguruan dalam AKRAB. Ini bengkel tertutup, yang mendaftar sahaja layak. Jarang PTS buat bengkel tertutup. Sempat saya menegur FT yang nampak kurus berbandingketika di Pesta Buku yang lalu. Memang dia sakit agaknya.

Sebelum ke bengkel, saya merasa khuatir. Sebelum ini, saya berada secara berasingan di bawah tunjuk ajar Pn Ainon dan FT - sama ada ketika bersama AKRAB (bengkel di bawah bimbingan FT) atau mana-mana bengkel kelolaan PTS. Kedua-duanya - jika dapat saya simpulkan - mempunyai mazhad penulisan yang tersendiri, pegangan yang berbeza dan idea masing-masing yang nampak seolah berseteru. Tidak perlu saya huraikan satu persatu kerana keduanya adalah betul dan mereka di landasan yang sama iaitu mahu memandaikan bangsa dan menegakkan Sastera Islami. Cuma bila menjadi anak murid, kadang kala menjadi keliru. Di sana kata boleh, disini kata jangan. Saya kata - hmm... selagi tidak melanggar batas syariah, teruskan!

Oleh sebab itu, saya berdoa agar semasa bengkel ini tidak ada perang hujah atau lontaran idea yang berbeza antara satu sama lain. Pandangan FT adalah dari sisinya sebagai penulis dan berkelayakan dalam bidang Syariah. Pn Ainon sisi lainnya ialah penerbit yang berusaha memandaikan dan mencelikkan bangsa yang selama ini di perbodohkan oleh puak-puak mata duitan. Dua-dua di jalan yang sama dan alangkah hebatnya jika kedua tenaga hebat ini digandakan dalam bidang penulisan. Rasanya perkara ini bukan sesuatu yang mustahil.

Alhamdulillah, saya dapat refresh semula memori terhadap bengkel AKRAB dan FT berjaya membuka mata peserta tentang Sastera Islami yang sebenar, atau menurut Pn Ainon, Syariah Compliance. Yang mana satu sastera Islami dan satera berunsur Islam, ciri-ciri penulisan dan idea-idea yang patut di lontarkan ke dalam novel atau karya.
Sumbangan dari Sifu PTS buat Faisal Tehrani

Empat jam tidak cukup menceritakan semuanya kerana FT terlalu banyak idea untuk di kongsikan. Rasanya PTS perlu memanggil FT sekali lagi kerana curahan ilmunya dan pengalamannya dengan sepak terajang menegakkan Sastera ISlami cukup banyak. Dan kahir kata, FT mengulangi sekali lagi kata-kata yang pernah di ucapkan sewaktu AKRAB dahulu, "Marilah kita sama-sama berjuang, saya dah penat buat seorang diri."

Mengapa tidak, dia terpaksa lari dari dunia blog dan menangkis tuduhan yang pelbagai. Itu pegangannya dan hasrat murninya. Tetapi yang penting, FT menyemarakkan dunia sastera Islami yang sebelum itu lesu. Kiranya sastera Islami kini memounyai pengikutnya yang tersendiri. Kepada bakal penulis, demand sudah ada, supplynya mana?

Ayuh! Usah tangguh! (Juga berpesan kepada diri sendiri)

* Gambar-gambar di ambil dari al-Watary

3 ulasan:

Nurul berkata...

Cikgu FT jarang nak cerita kesusahan dia. Begitu juga orang yang dengan hebat berdebat dan mengecam FT di dunia blog dan forum. Pernahkah mereka datang bersemuka sendiri dengan orangnya di dunia nyata?

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam,

seronoknya berguru dengan 2 cikgu! cemburu rasanya...

hehhehe, FT nampaknya dah semakin kurus. Harap2 dia dapat menempuh segalanya dengan tabah dan sabar. InsyaAllah!

p(^_^)q

rindu dengan akak!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Hidayah, kemenangan tidak semestinya berpihak kepada majoriti. Kemenangan juga bukan atas dasar simpati. Betul yang di buat, baiklah yang di terima.

Puteh, dugaan itu ada macam-macam. Kalau rindu,kenalah jumpa hehehe... Tapi masalahnya, akak masih tak dapat cam siapa gerangan empunya diri sebenarnya.. isskk... Musykil sungguh..

:-)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...