Rabu, Disember 22, 2010

Sunni Syiah

Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Disember 2010 ini begitu memukau. Sehingga kini polemik dan pandangan mengenainya sering menimbulkan emosi. Walaupun begitu, ia menimbulkan keindahan dalam menghujahkan pendapat dan buah fikir walaupun ada yang cuba menangguk di air keruh dengan pandangan dangkal berbaur politik dan berat sebelah.


Lantas saya teringat kepada senaskhah buku pemberian guru saya. Saya teringat-ingat ia masih di rak. Teringat-ingat pesanannya kepada saya.

Hari itu, satu hari dalam tahun ini, saya menempuh jalan yang amat sesak akibat kemalangan. Sepuluh kilometer mengambil masa lebih dari setengah jam. Dan saya amat kesal menyebabkan guru saya ternanti-nanti. Pertemuan itu cuma sebentar, hanya untuk mengemaskini perkembangan diri dan menghadiahkan novel sendiri yang sudah lama tersimpan. Namun pertemuan yang sebentar itulah yang membuka banyak perkara akan sis-sis yang tidak saya ketahui akan susuk tubuh guru saya ini.

Dia memberikan saya buku ini.

Tergamam seketika saya melihatnya judulnya.

"Buku ini diharamkan di Malaysia," katanya. Dan seingat saya dia menambah yang buku itu dibawa masuk dari negara jiran. Sama ada dia membelinya atau pemberian para teman tidak mahu pula saya bertanya.

"Baca dan buatlah sesuatu dari buku itu," sambungnya lagi. Saya membelek buku ini depan belakang. Setelah keluar dari biliknya, saya teringat sesuatu lalu menghantar pesanan ringkas.

"Saya beri sebagai hadiah."

Saya lupa ayat selepas itu dan tatkala membaca beberapa helaian hadapan sudah mendatangkan perasaan teruja untuk menghayatinya selepas itu. Tetapi ia sekadar menghuni rak buku yang semakin penuh. Namun dengan keadaan penuh gelora akan isu pertentangan terhadap kelompok Sunni dan Syiah, saya mencari masa untuk menghayatinya.

Kalaupun buku ini diharamkan di Malaysia, apakah haram juga untuk memilikinya bagi mencambahkan bidang ilmu?

2 ulasan:

ASaL berkata...

wah, ada buku yang diharamkan :)

pinjam gambar yer, (tak minta izin lagi dah tampal dekat blog)

terima kasih.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Saya pun ambil gambar tu tak minta izin :-)

Apalah sangat curi gambar Utusan haha...

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...