Ahad, Disember 19, 2010

Buku: Bumi Manusia - 1

Saya sedang membaca Bumi Manusia. Barulah saya tahu kenapa karya Pramoedya Ananta Toer sering disebut orang. Dan tidak pernah saya membaca sebegini laju bagi segera menamatkannya, sering teringat-ingat malah ada watak-wataknya yang menyerap masuk ke dalam diri. Juga sentiasa pula menggaris bawah kata-kata menarik dan mengGoogle fakta yang memerlukan pemahaman selanjutnya.

Saya berjanji kepada diri sendiri bagi menamatkan tetralogi Buru (Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langka & Rumah Kaca) menjelang Februari 2011.

Sepatah kata dari Bumi Manusia yang sangat saya gemari, hingga saya jadikan ia tanda pengenalan untuk wajah baru blog ini:
Duniaku bukan jabatan, pangkat, gaji dan kecurangan. Duniaku bumi manusia dengan persoalannya 

2 ulasan:

Rebecca Ilham berkata...

Salam, Kak Zeti.

Karya Pram "Gadis Pantai" yang lama tersebek di rak, akhirnya apabila dimulakan pembacaan, dapat saya habiskan dengan pantas juga.
Karya Pram membawa gagasan besar, tetapi dengan gaya yang mudah serta mengesankan!

*Sedang menunggu gaji untuk mendapatkan tetralogi ini di Kino*

Norziati Mohd Rosman berkata...

Tetralogi sangat bahaya, bila dah mula tak boleh lepas. Selamat membaca dengan gigih!

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...