Ramai orang takut bila sebut nama negara Iran. Takut digelar Syiah. Sedangkan dia faham atau tidak apa itu Syiah. Entah tahu atau tidak kenapa Syiah menjadi ketakutan. Entah dia sedar atau tidak kenapa dia berpaksikan ahli sunnah wal jamaah. Kalau di tanya pun, mesti tak tahu jawab apa. Yang dia tahu, Syiah itu sesat. Sesat lagi menyesatkan. Tetapi kalau nak takut dengan Syiah pun janganlah libatkan Iran yang 99% orang Islamnya memanglah Syiah. Iran dan Syiah tu berbeza kawan!Oleh itu, bila ada orang yang menyatakan dia mahu melawat Iran, pasti ada yang menjengilkan mata. Apa gila mahu ke Iran? Syiah! Oh, kalau ke negara kafir macam Amerika, UK, Perancis, Itali tu tak apa ya?
Selain Turki dan Sepanyol, saya memasukkan
Orang Iran bukan orang Arab. Mereka orang Parsi, iaitu asal nama Iran itu sendiri. Mereka ada tulisan dan bahasa sendiri. Maka itu sudah menyerlahkan keunikan Iran. Selepas kerajaan Shah dijatuhkan menerusi Revolusi Iran pada 1979, Iran terus diperintah dibawah Mullah yang merencanakan perjalanan Iran berdasarkan landasan yang mereka kehendaki, berbeza dari apa yang mereka lalui ketika dibawah pemerintahan Shah.
Apa yang menarik tentang Iran ialah meskipun negara ini ditekan oleh Ameika dan para sekutunya, tidak ada pula kedengaran rakyatnya kebuluran seperti negara di Afrika sana. Mereka menjadikan itu sebagai satu anger motivation - menjadi motivasi untuk naik dan bangun menggunakan tulang empat kerat sendiri. Mereka dikenakan sekatan ekonomi dan macam-macam ketetapan PBB yang berat sebelah. Tetapi Iran boleh membangunkan tenaga nuklear sehingga menakutkan barat, ada roket sendiri, mempunyai kilang kenderaan yang dieksport, pasukan bolasepaknya sudah beberapa kali ke Piala Dunia, filemnya yang sangat bermakna, membangunkan sendiri dalam sains dan teknologi sehingga berjaya mencipta robot dan pelbagai ciptaan lain. Semuanya menggunakan fbuah fikiran dna kepandaian anak tempatan. Lagi ditekan, lagi keras mereka berusaha, lagi maju mereka kedepan.
Buku ini menceritakan secara ringkas tentang Iran, sejarah, latar budaya, bandar utama dan struktur penduduknya. Cukuplah buku nipis ini menceritakan tentang Iran kerana sukar sekali mendapatkan buku berkenaan Iran di pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan