Khamis, Mei 31, 2012

Satu lagi huruf f : FGVH

Saya membaca prospektus penyenaraian FGVH di akhbar hari ini. Tetapi setakat separuh muka surat pertama, kemudian saya lipat akhbar tersebut dan bawa balik. Sehingga sekarang, saya belum rasa nak baca sehingga ke akhirnya. Terasa pedih, kecewa dan benci.

Sewaktu sekolah, saya suka membelek prospektus di dada akhbar, cuba membacanya dan memahami apa yang tertulis. Kemudian ambil matapelajaran Ekonomi dan Perdagangan untuk SPM. Sambung belajar Ekonomi pula di alma mater sehingga pernah berangan nak jadi remiser. Namun kegawatan ekonomi 1997-98 membawa khabar dari seorang kawan yang bapa kepada kawannya - seorang remiser - hampir bankrap dan terpaksa menjual kereta satu demi satu. Kereta banyak, tak mengapa. Hasrat nak jadi remiser terus berkubur. Apatah lagi selepas belajar ekonomi Islam sepenuhnya, maka faham-fahamlah sendiriakan hukum hakamnya.

Saya anak peneroka. Saya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Saham. Ini bukan soal tanah, bukan soal maruah, bukan soal Felda. Ini adalah persoalan sang kapitalis yang mahu mengaut untung dengan menjual lot-lot saham dan kemudian bergumbira diatas kenaikan sepuluh sen bagi seribu lot atau sepuluh ribu lot. Anda kaya, tak apa. Saya tak kisah. Tapi kaya atas kesusahan orang lain - peneroka - amat memedihkan hati saya. Tahukah kalian wahai kapitalis, sepuluh sen kenaikan harga getah di pasaran getah dengan sepuluh sen keuntungan anda sangat berbeza. Sepuluh sen anda untuk menambah kemewahan. Sepuluh sen kami untuk mengalas perut daripada lapar. Apabila tiba musim hujan, musim panas, daun gugur, apalah sangat dengan sepuluh sen itu?

Banyak sudah FGVH diperkatakan. Jika mahu tahu yang benar, tanyalah pada para peneroka yang faham isu. Kalau ditanya Pengerusi Felda yang baharu, dia tidak akan tahu apa kecuali berusaha memenuhi hasrat Perdana Menterinya untuk membawa FGVH ke Bursa Saham. Gagal ke disenaraikan bermakna kiamat bagi Isa Samad dan Maslan Ahmad. Tidak hairanlah mereka bermati-matian berusaha dengan penuh penipuan dan paksaan meminta peneroka yang rata-rata berusia lebih 50 tahun menandatangani borang berbahasa Inggeris tanpa diterangkan isi kandungannya. Tahukah anda wahai kapitalis, mereka ini kebanyakannya sekolah pun tak habis, abjad pun tak kenal apatah lagi di suruh membaca. Tahukah anda wahai kapitalis?

Bos saya beria-ia mahu membeli saham FGVH tapi tak sedar yang duitnya tak cukup. Saya berterus terang kepadanya yang saya mementang FGVH ke bursa saham. Rupanya dia insan yang tak mengerti isu penentangan meskipun hari-hari baca akhbar. Oh ya, dia membaca Utusan Malaysia yang saya dah haramkan dari pejabat tetapi dia memvetokan pula keputusan saya itu.  Well, you're bos. Tapi yang seronoknya, saya membelasah bos tanpa perasaan kasihan dalam bilik mesyuarat. Itulah pertama kali saya merasa puas hati menjadi seorang anak peneroka. Dia tak jadi beli sebab tak cukup fund.

Saya tidak ada sebarang isu terhadap Felda atau FGVH. Jika benar mahu disenaraikan, buatlah dengan cara yang betul dan berhemah. Banyak isu politik yang timbul yang boleh dihidu. Misalnya kenapa perlu disenaraikan dalam bulan Jun? Mengapa tidak Julai? atau September selepas hari raya? Apa? Pilihanraya? Hahahaaa.

Ini semua pasal duit. M Nasir dah cakap lama pasal duit:

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri


Proses kemusnahan pun bermula. Dan satu lagi huruf F selepas ini ialah : Fiat money!


3 ulasan:

Unknown berkata...

Saham bukan cara terbaik untuk membaik pulih nasib kita,Ziati.
Saham bukan cara tepat untuk dijadikan pendapatan.Memiliki saham masih bukan cara hidup bagi kebnaykan peneroka FELDA yang aecara umumnya adalah masyarakat kampung. Saya masih tidak mengikuti perkembangan isu ini. Hanya berkongsi rasa.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=N3KrlLW-Rqc

mungkin selari dgn pendapat anda.

MMSYEDSS berkata...

Saya juga anak peneroka. Saya bekerja dgn asset mgt. Pengalaman ini juga membuatkan sya tk setuju ianya disenaraikan di bursa saham. Saya tak kisah mereka nk senaraikan. Tapi saya kisah dengan cara yg digunakan. 2.5% pembiayaan twrn runcit)= loan 3-4ribu ringgit dn jgn lupa tbg amanah felda-peneroka sbgai beneficiary ac 20%=3.4b/112000=6000-7000 unit, loan sbnyk lbh kurang rm30ribu. Semuanya ada dlm prospektus pembiayaan taja runcit dn penempatan. Bidang kerja saya sama sprti pemegang amanah cimb nominees n mybnk nominees, tpi setakat inilah kali pertama sya melihat cmpny issue ipo gunakan dummy loan peneroka n byr kmsn 15ribu. Very unrthical method.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...