Khamis, Disember 24, 2015

Resensi: Kitab Kuning Pesantren dan Tasawwuf


*Resensi di Goodreads

Bab kedua menghuraikan pola perjalanan jemaah haji dari alam Melayu khususnya Indonesia. Van Bruinessen cuba melihat kesan yang dialami oleh jemaah sebelum, semasa dan setelah menunaikan ibadah haji. Namun begitu, beliau terlebih dahulu menyentuh tentang cabaran yang dihadapi jemaah ketika meninggalkan tanahair - dengan menaiki kapal - yang akhirnya menunjukkan separuh atau kurang jemaah yang berangkat, berjaya tiba kembali ke kampung halaman. 

Van Bruinessen cuba membandingkan kesan jemaah yang belayar dan menetap lama di Makkah sebelum kembali pulang, berbeza dengan jemaah kini yang melalui perjalanan pendek dengan tempoh masa yang singkat di Tanah Suci. Dahulu jemaah mengambil peluang berguru dengan para ulama yang mengendalikan halaqah atau sesi pengajian di sekitar Tanah Suci sebelum menempuh perjalanan pulang. Mereka pulang membawa pelbagai sisi dan dimensi pengetahuan baharu yang menjadi jendela untuk mereka melihat dunia. Ini sekaligus menjadi pemangkin kepada semangat nasionalis yang dimulakan oleh para ulama yang berpendidikan di Makkah. 

Dalam arus moden, pemikiran Islam yang masuk bukanlah dari ulama tempatan yang belajar di Tanah Suci tetapi ulama dan pemimpin luar (misalnya Hassan al-Banna, Murtada Mutahhari) yang tidak masuk menerusi 'jalur Makkah'. Keadaan ini menjadikan Makkah bukan lagi pusat intelektual orang Islam yang utama berbanding barat meskipun masih punya ramai ulama yang terampil. Naik haji sudah dianggap sebagai simbol status sosial dan sekadar ibadah tanpa dapat menyumbangkan lebih dari itu, berbanding abad ke-17, 18 dan 19.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...