Selasa, Disember 29, 2015

Za'ba dan Kelebihan Ilmu

Kelebihan Ilmu
Oleh Za'ba (Tersiar dalam Pengasoh, 13 Januari 1922)

Ilmu itulah gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati

Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah duna belinya bukan
Kuasanya besar sukat digunakan
Di laut di darat di rimba di pekan

Masa seorang ialah taulan
Teman berbeka, suluh berjalan
Masa berhimpun ia pengenalan
Hias penyata polan si polan

Bagi yang berduka ia penghibur
Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kandil di dalam kubur
Lamun dengannya beramal subur

Ia penerang jalan ke syurga
Ia pemuas tekak yang dahaga
Ialah sungai ia telaga
Laut yang luas ialah juga

Ialah alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya pana



Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...