Jumaat, Februari 19, 2016

Menjenguk Historia

1.
Aku geram setiap kali melihat kandungan yang dihantar oleh majalah Historia sama ada melalui FB atau Twitter. Apatah lagi websitenya ini. Aku geram kerana tiada majalah sejarah serupa itu wujud di Malaysia. Kita tiada laman web khusus untuk sejarah. Banyak sejarah kita cuma dapat dilihat dalam buku, jurnal dan taburna PDF yang bersepah bila di Google. Juga dalam blog-blog yang rencam sifatnya.

Namun itulah impianku, menuliskan sesuatu tentang sejarah, sesuatu dari lipatan sejarah agar kita sedar siapa diri kita dan dari mana kita ini datang. Hanya selepas kita tahu diri, barulah kita sedar untuk siapa kita harus taat dan patuh. Jika mengenal diri pun gagal, bagaimana boleh kita mengenal Tuhan?

Aku sedang memperdalamkan ilmu sejarahku berdikit-dikit menerusi pembacaan. Aku berharap agar dapat membangunkan laman web seperti itu suatu hari nanti dengan sepenuh pengetahuan yang ada padaku. Pedulikanlah apa orang yang bodoh sombong.


2.
Kalau kita baca tulisan di Historia pun, tidak panjang atau kritis, memadai ia ditulis sebagai medium untuk melayari maklumat tentang sejarah. Jadi sedikit sebanyak kita akan tahu apa kisah-kisah yang pernah berlaku dahulu untuk kita renungi pada waktu ini.

Jadi cadangan ku begitulah. Satu halaman Words pun memadai untuk kita cerita tentang sejarah. Sejarah ya sejarah

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...