Isnin, Februari 22, 2016

Tulis dan menulis

Teman seberang tambak menghantar mesej bertanyakan soalan di bawah ini. Aku mengambil masa sehari suntuk sbeelum dapat menjawabnya dengan panjang lebar.
--

[Soalan]
Biasanya apa factor seseorang tu susah nak menulis? Background soalan ialah timbul perbincangan about asatizah circle kat sini yg tulisan mereka tak ketara di sisi masyarakat.

Atau soalan dalam bentuk lain, secara umum apa yg buat seseorang menulis secara semulajadi

Apa yg missing dlm masyarakat yg kurang menulis.

Since u seorang penulis, mungkin ada maklumbalas yg lebih refreshing dan hit the spot.

Daripada asik tanya orang yg tak menulis jugak 😅

---
[Jawapan]

Saya pecahkan soalan ini kepada beberapa persoalan:
1. Asatizah tidak menulis
2. Asatizah tiada semangat dan tiada kecenderungan menulis
3. Asarizah tidak reti menulis
4. Asatizah cuma minat bercakap
5. Asatizah menulis tetapi tulisannya tidak menyengat

Saya rangkumkan persoalan di atas dalam jawapan berikut, tetapi tidak disusun mengikut urusan persoalan di atas:

1. Menulis tu semua orang boleh buat cuma bagus atau tidak tulisannya bergantung kepada kerajinannya mengasah kemahiran. Jika dia minat menulis, pasti dia cepat dapat memahirkan bakat menulisnya dan dapat menulis dgn baik. Untuk hal yang berkaitan agama, tulisan yang baik itu bermakna tulisan yang datang dari hati dan sampai ke hati. Dia boleh menyentuh banyak hati dan menjadikan seseorang itu berubah lalu membawa perubahan pula pada orang lain.

2. Asatizah perlu banyak menulis berbanding bercakap. Mengapa? Walaupun Islam tertegak atas dasar hujah, kita lihat perlu bagaimana hujah itu disampaikan - ia datang dalam dua cara, iaitu melalui lisan dan tulisan. Bukan sekadar bercakap semata-mata. Imam-imam besar kita, dalam masa mereka mengajar, tidak meninggalkan amalan menulis. Mereka menulis kitab berjilid-jilid untuk satu judul. Semuanya menjadi rujukan kepada kita hingga kini. Imam Shafi'i membahagikan harinya kepada tiga bahagian - beribadat, berehat (tidur) dan menulis (belajar). Ibnu Manzur menulis Lisanu'l-Arab yang masih kekal kita rujuk hingga kini. Imam al-Ghazali pula sinonim dengan Ihya'. Begitu juga dengan ulama yang lain. Tulisan mereka kekal dibaca hingga kini. Jika mereka tidak menulis waktu itu, apa yang tinggal buat kita? Dari situ datanglah keperluan mengapa kita perlu menulis, iaitu supaya ilmu itu kekal dibaca dan diteliti, dikaji dan dipelajari zaman berzaman, disharah dan dirujuk bagi menghasilkan karya-karya lain. 

3. Bagi menjadikan kita mempunyai semangat menulis, contohilah ketekunan Imam al-Shafi'i ketika belajar dari satu imam ke imam yang lain, lihat bagaimana Imam al-Ghazali menghafaz kandungan buku-bukunya yang terselamat dari menjadi mangsa rompakan. Mereka imam-imam besar kita tidak jemu menulis, contohilah semangat mereka dalam menyampaikan ilmu. Dalam keterbatasan sumber dan peralatan, merek mampu emnghasilkan karya besar. Bukan honorarium atau ruang-ruang yang terhad dalam majalah atau akhbar yang menjadi soal kerana banyak medium yang boleh dijadikan ruang eskpresi. Zaman media sosial ini, di mana-mana kita boleh menzahirkan pemikiran kita menerusi pemikiran. Dunia semakin luas untuk kita melebarkan usaha dakwah. 

4. Para orientalis yang mengkaji Islam pun tidak putus-putus menulis dan mengkaji kitab besar Islam tetapi kita yang lahir sebagai Islam dan faham Islam, jika tidak menulis dan mengkaji, takkanlah kita nak biarkan orientalis ini menulis bagi pihak kita.Sudah pasti kita tidak yakin dengan apa yang mereka sampaikan. Tetapi jika kita tidak menulis, amat malang sekali kerana kefahaman kita terhadap Islam disampaikan oleh orang yang bukan Islam. Maka kitalah yang harus dipersalahkan andai tidak mengambil langkah proaktif menulis dan menyampaikan hal-hal yang benar tentang agama kita sendiri.

5.  Cara menulis boleh dalam pelbagai bentuk. Bukan perlu duduk depan komputer dan menaip. Atau bukan perlu tunggu masa lapang dan menulis. Bukanlah perlu buka banyak buku rujukan dan memulakan kajian kecuali jika tulisan itu benar-benar ilmiah. Kita boleh menulis pada bila-bila masa dan di mana-mana. Saya menuliskan jawapan ini dalam telefon sewaktu menunggu zuhur dan juga ketika dalam kenderaan ketika dalam kesesakan jalanraya. Boleh juga menulis sewaktu menunggu hidangan atau ketika menanti teman. Masa pasti ada buat yang mencari.

6. Zaman sekarang tulisan boleh terbit di mana-mana. Dalam media sosial, kita selalu kongsi pelbagai perkara. Status-status itu jika dipanjangkan akan menjadi satu tulisan yang baik. Jika kita boleh menggunakan masa untuk membaca status pada media sosial dan membaca komen-komen yang panjang, kita boleh halakan masa yang terluang itu untuk menulis perkara yang lebih baik berbanding memasukkan energi negarif dari komen-komen tersebut ke dalam diri kita.

7. Carilah kawan yang boleh memberi semangat kepada kita untuk menulis. Bila tulisan telah siap, berilah kepada kawan terdekat untuk mendapatkan pandangan kedua (second opinion). Apabila sudah yakin dengan fakta, terbitkankah di mana-mana media. Portal web percuma ada merata-rata. Jadikan tulisan kita senjata berdakwah, bukan sekadar hebat pada lidah.

8. Akhir kata janganlah bertangguh dan mulakan menulis. Tulislah agar tulisanmu dapat dibaca. Tulislah atas nama kebenaran. Tulislah demi menyampaikan kalam Tuhan. Menulislah!

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...