Sabtu, Januari 20, 2007

Sekali sekala...

Allah akan duga kita sekali sekala. Di tarik nikmat yang kita rasa sekarang ini sekelip mata dan sekejap sahaja. Itu pun dah membuatkan kita macam sudah putus hidup dan rasa macam dunia seperti mahu kiamat.

Oleh itu, bersyukurlah selalu atas nikmat yang diberi kepada kita. Sama ada udara yang kita hirup, kesihatan badan, kecerahan mata atau apa sahaja yang kita terima untuk hidup sempurna.

Dan ingat juga - nyamuk itu, walaupun seekor, gigitannya mampu menumbangkan seorang manusia yang gagah. Oleh itu, selalulah bersihkan rumah, cuci longkang dan jangan bagi air bertakung. Kalau tidak, masuk hospital empat hari dan terima enam botol air (macam saya..huhuhu)

Salam Maal Hijrah buat semua. Ini sekadar tazkirah ringkas sebelum saya kembali ke alam maya.

5 ulasan:

z'kea m.s berkata...

Laa.. iya ke? kenapa tak bagitau? So sekarang dah sihat?

Norziati Mohd Rosman berkata...

Memang senagja aku diamkan :-) Tak mahu bising-bising hehehe... Sekarang Alhamdulillah.

Itu adalah antara sebab kenapa aku nak pindah - selain mahu mencari tempat bagi ilham yang bagus. Insya Allah...

Unknown berkata...

Assalamualaikum Ziati,

Alhamdulillah setelah sakit pasti sihat...ia bukti kasih sayang Allah kepada kita...lingkaran takdir demi mendidik agar kita tidak mungkir. Kerap yang halus umpama hama ia dilihat tidak memberi guna...
Hanya kerana haiwan kecil berjuta ditebus untuk mengendalinya.
Agar kita berfikir secara terbuka tentu Allah mahu membukti cinta... bahawa Dialah yang Hidup kerana tiada tuhan selain Dia.

Unknown berkata...

Salam,

Moga tempoh `bercuti' jadi perangsang untuk lahir dengan lebih bertenaga lagi...

Tanpa Nama berkata...

jap eh ak teka..
sakit demam denggi kan? tak pun demam nyamuk..hehe..

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...