Selasa, Januari 30, 2007

Merancang

Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan manusia itu lemah dan serba kekurangan. Perancangan Allah itu Maha Hebat.

Setiap hari saya merancang itu ini. Sebelum melangkah keluar ke pejabat, saya ambil masa membelek diari melihat apa yang telah saya tulis malam tadi. Bila di pejabat, saya kemaskini perancangan selepas kerja. Selalunya, banyak destinasi yang perlu saya singgah sebelum tiba ke rumah, kerana selepas itu saya tidak akan keluar. Duduk memerapkan diri dengan timbunan kerja. Salah satu destinasi ialah CC, memandangkan saya masih tidak dapat berkomunikasi menggunakan internet di pejabat.

Namun dari sehari ke sehari apa yang dirancang tinggal perancangan. Selalu juga saya batalkan atau tangguhkan apa yang tertulis dan berharap tiada aral yang mengganggu selepas ini. Selalu juga saya kecewa kerana terganggu dengan halangan kerana apa yang dirancang dengan baik, tiba-tiba tidak jadi. Ini bermakna saya terpaksa mencuri masa di lain hari bagi menyiapkan sesuatu perkara. Sekaligus jadual harian saya terganggu. Terpaksa juga saya ubahsuai jadual supaya boleh diisi dengan perkara yang terganggu ini.

Namun, siapa saya untuk merasa kecewa kerana saya juga manusia biasa yang lemah serba serbi. Apa yang boleh saya lakukan ialah membuat perancangan dengan baik lengkap dengan back-up plan atau pelan tambahan atau masa yang mencukupi supaya boleh digunakan dengan sebaiknya. Kalau mengeluh sahaja, tidak ada gunanya. Sebaliknya, berusaha sedaya upaya yang ada bagi mengusahakan sesuatu dengan berfaedah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Ziati,

Terimbas kisah Nabi Adam(as)yang peka dan perihatin perbezaan ketara penampilan imej diri anak-anaknya Qabil dan Habil.Habil adik yang bersifat lembut agak gagah berbanding abang yang lebih kecil susuknya tetapi kasar sifatnya.
Penyesuaian sifat dimanafaatkan sebaik-baiknya,petani untuk anak yan tua,berternak untuk anak yang muda.Perancangan yang bijak ini mendidik kewarasan yang menjadi fitrah manusia hingga menerbitkan syukur di hati bapa juga anak-anak ini sehinggalah ke saat iblis meracuni dengan hasad dan iri hati ekoran dendam, diperintah keluar dari syurga hasil khianatnya tidak mahu mentaati perintah Allah.
Cara yang menjadi lumrah adalah menerusi cinta pada kekayaan-harta iaitu di kala diminta penyembelihan kambing milik Habil(kambing yang baik) dan hasil tanaman milik Qabil(buah yang telah terlalu masak) juga di saat terpilihnya adik Qabil (rupawan)untuk menjadi isteri Habil dan adik Habil(tidak cantik) untuk menjadi isteri Qabil,sehingga Qabil tergamak membunuh adiknya Habil...
Akhirnya lumrah juga tangisan tidak memberi bekas ...
Tertanya juga apakah keharusan merancang dewasa ini satu keperluan atas nama perhitungan atau ada yang lain yang lebih ilmiah pengupasan ertinya?

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...