Jumaat, Julai 03, 2009

Sebelum dan selepas

Proses penulisan yang cukup memberi erti. Penyelidikan, pembacaan, di tambah dengan kekurangan ilmu dari segi teknik dan gaya persembahan menyedarkan bahawa proses pengkaryaan bukan sekadar 'tulis apa yang ada di dalam kepala'. Tambahan pula bila mengerti yang diri ini makhluk Tuhan hadir dengan menggalas tugas hakiki sesama insan.


Draf akhir yang membantu saya bernafas lega. Usaha setahun hampir menoktahkan perjalanan, menanti suntingan akhir.

Siap, tetapi belum cukup ranum. Dicincang beberapa kali oleh beberapa tangan yang mahir. Membacanya dan menyunting kembali dari awal dengan penambahan plot yang dramatik cukup menyiksa diri. Mujur sahaja Ramadan melimpahkan rahmat yang bukan sedikit.

Puas, ya memang puas. Tetapi ia adalah satu permulaan ke satu perjalanan nan panjang.



**********************************************
Sekalung penghargaan kepada cikgu yang memperkenalkan dunia ini, membentuk jatidiri juga kepada teman Akrab, Nurul dan Ainhj yang membantu memperkukuh emosi memperlengkap naskhah hingga benar-benar menjadi sebuah karya.

Saya sedar ini novel sulung, karya pertama yang diangkat ke tangga ketiga. Saya masih mentah, mohon petunjuk dari yang ikhlas mahu membantu. Jika ingin berinteraksi, dialukan dengan penuh takzim ke norziati@gmail.com

***********************************************

Ada yang bertanya, jadi saya mahu menjawab.

Ini bukan gambar saya...

5 ulasan:

Unknown berkata...

Saya sahkan memang itu bukan gambar Ziati.

Tahniah !

Tanpa Nama berkata...

Kalu yang tanya tu mamat hensem, jawab saja 'ya' dan minta no. hp.
:DD
Jangan marah...

a

Norziati Mohd Rosman berkata...

A, taktik yang bagus. Boleh di guna pakai

:-)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Sebagai Editor yang menanganinya, hehehe saya akan tetap merahsiakan siapakah gerangan 'model' itu! hehehe... ada unsur trivia yang best tentang cover

Norziati Mohd Rosman berkata...

unsur triavia..wah, ada perkara rahsia nampaknya..hehe

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...