Syukurlah, lima hari di rantau orang akhirnya mendarat dengan selamatnya di tanah air. Chennai memberi banyak ruang pengalaman. Dan Piala Dunia sudah pun bermula. Akan aku tulis pengalaman Chennai dalam entri berikutnya. Kali ini akan serius menulis. Bukan seperti cerita kembara yang tergendala di Sabah, Hatyai, Jogja, Kota Kinabalu dan Makassar. 1000 Catatan Chennai? Ya, sedang diusahakan
Secara ringkas dari Chennai, kata orang belilah sari
untuk buat baju raya. Ya, kain adalah salah satu tarikan bila mengembara tapi
bukanlah minatku. Bolehlah sebagai buah tangan untuk emak dan adik-adikku. Aku
lebih minat berjalan dan melihat-lihat suasana, merasa makanan tempatan,
berinteraksi dengan masyarakat sana, singgah kedai buku, beli fridge magnet dan
keychain. Ambil gambar dan merakam yang lebihnya dalam ingatan dan tulisan. Bukan berselfie dan ambil gambar melompat-lompat kegembiraan.
Kalau ada pun, itu bukan aku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
"Penat, bosan, sedih, haru, menyampah, kosong, sunyi, geram, marah, cemburu..... apa lagi?" "Kenapa" "Semua perasaa...
-
Qalam Blog ini hidup kembali. Silalah berkunjung
-
Pagi tadi, perut saya berkeroncong supaya minta diisi lebih awal. Matahari masih belum lagi terik memancar. Jam baru melewati angka 11. Lalu...
2 ulasan:
Tak makan masala thosai? Sana original horrr :D
Ohh, mesti ada! Rugi lorrr tak rasa
Catat Ulasan