Isnin, Jun 27, 2016

Berakhlak dalam berpuasa

Kita terlalu memikirkan hak hingga lupa apa tanggungjawab kita. Tangunggjawab kita antara lain ialah berakhlak baik. Malah menjaga maruah diri adalah satu daripada maqasid syariah. Tuntutan seperti hak bersuara, hak mendapatkan layanan sama rata atau hak-hak asasi manusia yang lain bolehlah dibuat selepas kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Apatah lagi hak untuk makan di khalayak kerana tidak berpuasa atas alasan uzur syar'ie.

Jika dahulu ada insan yang masuk Islam kerana jatuh cinta dengan akhlak yang ada pada penganutnya seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, janganlah kita bersikap sebaliknya dengan tidak berakhlak baik. Malah, jika kita sedar akan tanggungjawab itu, kita tidak pun akan melampau menuntut hak-hak di atas tadi. Ini juga dinyatakan oleh Prof al-Attas sebagai 'Perjanjian Asali diri kepada Tuhannya Yang Hak - suatu kontrak individu...'. Tanggungjawab itu sudah menjadi sebahagian dari kita tatkala ditanyakan Tuhan di alam alastu - apakah aku ini Tuhan mu? Kita menjawab ya tanpa ragu-ragu. Tanpa ragu-ragu.

'Dengan kepercayaan yang teguh serta rela mengakui wujudnya Tuhan Yang menjadikan sarwa semesta alam, iaitu kepercayaan yang semualajadi bagi diri insan, maka timbul dalam dirinya itu pengertian bahawa kehidupannya mengundang tujuan yang tertentu; bahawa tanggungjawabnya ialah bagi melaksanakan tercapainya tujuan itu; bahawa berjaya atau tiada ia dalam amalan dan segala perbuatannya bagi tujuannya itu akan tentu dinilaikan kelak pada Hari Perhitungan.' (Risalah Untuk Kaum Muslimin, hal 75)

Sempena bulan Ramadan yang mulia, tatkala kita mengejar malam al-qadar dan berlumba-lumba mengejar pahala yang berganda-ganda, marilah kita sama-sama berdoa agar didekatkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar dan dijauhkan dari segala fitnah dan kekeliruan yang boleh memesongkan aqidah.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Wallahu a'lam

Ahad, Jun 26, 2016

Surat menjadi buku

Saya ingin memulai dengan memberi sedikit komentar tentang apa yang saudara menyatakan dalam akhir surat saudara di mana saudara mengatakan: "Saya dan teman-teman dulu banyak sekali membuat kesalahan tapi kesalahan kami itu mudah diperbaiki, antara lain dengan tokoh seperti Pak Roem ini".

Mengakui kesalahan menurut ajaran Islam adalah tindakan yang terpuji. Dalam pada itu saya rasa saudara hanya dapat menyatakan kesalahan sendiri, atau jika saudara juga mendapat izin untuk me...nyatakan kesalahan dari teman-teman saudara. Dan kalau sudah dikatakan 'dulu banyak sekali membuat kesalahan', maka kurang indah, jika saudara sendiri yang mengatakan dan memberi penilaian: 'Tapi kesalahan-kesalahan kami itu mudah diperbaiki.' Saya yakin, mereka yang telah merasakan kesalahan saudara, akan memaafkan betapapun besar kesalahan itu. Dan lagi saya merasa amat berat, diikut sertakan dalam memperbaiki 'banyak kesalahan-kesalahan' itu. Saya tidak tahu kesalahannya.

Surat-surat Politik Nurcholish Madjid-Mohamad Roem, 2000 (hal. 95)

Sabtu, Jun 25, 2016

Jurang generasi pasca Brexit

Statistik yang menarik untuk dinilai. Pasca ‪#‎Brexit‬, terdapat cakap-cakap yang menyalahkan 'orang tua' yang lebih banyak mengundi untuk keluar dari EU berbanding orang muda. Mungkin ini atas dasar pengalaman orang-orang veteran ini yang hidup sebelum pembentukan EU dahulu yang menyaksikan mereka hidup tenang dan bebas tanpa kehadiran imigran atau penghijrahan orang-orang asing ke UK. Kebanjiran imigran, itulah perkara pertama yang menjadi pertimbangan pengundi veteran. Mer...eka tidak fikirkan sangat tentang masa depan negara atau kesan kepada ekonomi, tetapi risau akan keselamatan negara, diri dan keluarga. Kalau boleh kita tafsirkan dari sisi lain, usia adalah faktor yang mempengaruhi pengundian kerana orang veteran tidak lagi memikirkan kepentingan duniawi (ekonomi, kewangan) tetapi perkara lain yang lebih menenangkan hidup mereka. Tak perlu hidup serabut dengan imigran.

Salah menyalahkan ini akan terus berlaku. Orang muda mahu kekal dalam EU kerana kepentingan masa hadapan yang mereka lihat cukup baik buat mereka. Tatkala dunia sudah semakin terbuka, mereka sanggup menerima kebanjiran imigran dan bersaing dalam dunia pekerjaan, berkongsi kemudahan dan bergaul dalam komuniti yang pelbagai. Perbezaan budaya, agama, adat, bahasa dan cara hidup bukanlah satu kepelikan, ia menjadi kebiasaan dan mereka mudah menerima perbezaan itu.





Kedua-dua kumpulan muda dan veteran mempunyai pandangan hidup yang berbeza terhadap hidup. Semakin kita dewasa, semakin kita sedar apa yang kita mahukan. Perbezaan antara generasi ini telah dijelaskan oleh Prof al-Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin. Antara yang menarik untuk dikongsikan:

'Ketiga-tiga golongn [baca: golongan belia, golongan setengah umur, dan golongan tua] yang merupakan isi masharakat Barat itu senantiasa tertawan dalam masalah penuntutan abadi mengenai ma'na-diri dan tujuan hidupnya; terus berputar-putar dalam daerah kekeliruan yang tiada terputus; masing-masing golongan tiada mencapai kesesuaian serta kepuasan dengan nilai-nilai hidupnya sendiri; masing-masing golongan tiada cocok dengan keadaannya tiada kena pada tempatnya.'
Jurang generasi ini berbeza dari apa yang terdapat dalam Islam, kerana menurut Prof al-Attas, 'Justeru sesungguhnya masharakat Islām yang benar mematuhi ajarannya tiada akan menderita penyakit generation gap dan identity crisis seperti yang terdapat pada masharakat Barat itu. Meskipun ada golongan belia dan setengah umur dan tua dalam masharakat Islām, namun tiada terdapat ruang perpisahan di antara golongan keturunan itu yang memisahkan dengan secara yang nyata dan seakan-akan mutlak kehidupan masing-masing.'

Masalah Jurang Generasi dan Krisis Identiti dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin (hal. 92-95) amat baik untuk diulangbaca bagi menilai situasi pasca Brexit.


Khamis, Jun 23, 2016

EURO dan EU Referendum

Portugal terpaksa menunggu ihsan menjadi empat pasukan terakhir layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan dalam EURO 2016 kali ini selepas tiga kali seri dalam peringkat kumpulan. Walaupun Portugal ada pemain berstatus bintang seperti Nani, Pepe, Ricardo Carvalho dan Christiano Ronaldo, ia tidak mampu memberi jalan mudah kepada Portugal untuk menang setiap perlawanannya. Sebagai rekod, CR kali ini mencatat pelbagai rekod dalam EURO - pemain pertama bermain banyak kali di EURO ...(17 perlawanan) dan menjaringkan gol dalam empat musim EURO. Namun EURO kali ini banyak kejutan dari pasukan yang secara tradisinya tidak menonjol di EURO seperti Wales, Ireland, Iceland, Albania dan Hungary. Melihat Wales dengan kehebatan Gareth Bale yang bersahaja membawa Wales ke tangga pertama Kumpulan B seperti mengingatkan kehebatan Didier Drogba yang membawa Ivory Coast ke Piala Dunia. Sedangkan Wales juga ada seorang permata - Ryan Giggs yang cemerlang bersama Manchester United dahulu. Moralnya di sini ialah perlawanan bolasepak ialah ialah perlawanan berpasukan. Kalau seorang diri sahaja hebat tanpa menjadi pemangkin kepada semangat pemain lain, tak ada gunanya. 

Namun dalam ghairah menonton EURO, jangan lupa hari ini 23 Jun Britain akan mengundi sama ada mahu kekal terus dalam Kesatuan Eropah atau tidak. Banyak perdebatan telah dizahirkan baik menimbangkan baik buruk Britain untuk bersatu atau bercerai dengan EU. EU referendum atau Brexit (British Exit) ini boleh dibaca di Google - ada banyak maklumat jika nak tahu tentangnya
*Setiap kali selepas tarawih menjeling-jeling juga kalau restoran mamak ada tayang perlawanan EURO (bagi perlawan jam 9 malam) tetapi hampa. Agaknya mahu Jemaah khusyuk bertarawih atau tidak melanggan siaran 421/424

--

Berlanjutan dari status EURO-Brexit pagi tadi, ini ada perkongsian menarik tentang Brexit dan EU Referendum sepintas lalu - kalau-kalau malas nak baca panjang-panjang.

Antara lain, Britain disarankan keluar dari EU adalah kerana mengawal migrasi dan penghijrahan masuk pekerja asing yang memberi kesan dari segi ruang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Orang British pun semakin takut dengan saingan dari pekerja asing yang menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. David Bec...kham kata dia mahu Britain kekal dalam EU.

Apa kurangnya dengan kita? Beberapa hari lepas saya mendengar di berita radio bahawa kerajaan tidak lagi mempunyai polisi yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk ke negara ini, tetapi pekerja asing itu dibawa masuk oleh syarikat yang memerlukan. Pelik mendengarnya. Pengalaman bekerja dengan syarikat yang mengguna pekerja asing sebelum ini memperlihatkan bahawa syarikat perlulah mendapatkan keizinan kementerian untuk membawa masuk pekerja asing. Apakah ini bermakna tanpa kerajaan membenarkan pun kelulusan tetap diberi kerana ada 'pemntaan' dari majikan? Jadi sifir mudah ialah, pekerja asing tetap boleh dibawa masuk, bukan begitu? Sebelum ini pernah kecoh sekejap apabila kerajaan bercita-cita membenarkan beberapa juta pekerja dari sebuah Negara dibawa masuk, tetapi dibatalkan apabila 'kontrak membawa masuk pekerja asing diberi kepada syarikat milik saudara terdekat dengan sang pemimpin yang meluluskan' - seolah-olah bermakna pembatalan itu disebabkan takut dengan label kroni, bukannya kerana kerisauan terhadap kebanjiran pekerja asing yang boleh mengancam peluang anak tempatan bekerja.

*Saya bukan anti-pekerja asing tapi anti-cakap pusing-pusing. Kalau boleh katalah boleh. Tak boleh cakap tak bleh

Selasa, Jun 21, 2016

Terjemahan Matan al-Ajrumiyyah

Terjemahan Matan al-Ajrumiyyah ke bahasa Melayu dari bahasa Arab dibuat oleh Shaykh Abdul Qadir bin Abdullah Mandailing. Kemudian disalin oleh Hashim bin Haji Muda bersama Abdul Majid Mandahiling pada 1314H/1896M. Dari salinan ini, cetakan pertama dilakukan oleh Matba'ah al-Taraqqil Majidiyah al-Uthmaniyah, Makkah dengan didanai oleh pemilik dan pengasasnya, Muhammad Majid al-Kurdi al-Makki pada 1330H/1917M. Cetakan-cetakan Matan Al-Ajrumiyah yang beredar dalam pasaran kitab di dunia Melayu sekarang tidak lagi menyatakan nama Shaykh Abdul Qadir bin Abdullah Mandailing selaku penterjemahnya.

Sumber: Perkembangan Ilmu Nahwu & Sharaf (Ilmu-ilmu 'Arabiyah di Dunia Melayu) oleh Hj Wan Mohd Saghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 2001


Isnin, Jun 20, 2016

Tippu Sultan: Tewas dan tergadai

Tippu Sultan atau nama sebenarnya Sultan Fateh Ali Tippu (1760-1799) merupakan pemimpin kerajaan Mysore di India. Beliau juga dikenali sebagai 'Tiger of Mysore' atas kehebatannya mempertahankan kerajaannya dari serangan tentera British. Namun begitu beliau tertewas pada 1799 menyebabkan kerajaannya dikuasai British menerusi East India Company. Sejumlah besar koleksi kitab yang ada dalam perpustakaan Tippu Sultan diangkut tanpa simpati ke tanah Inggeris. Sebahagiannya menjadi koleksi penting Perpustakaan India Office di London hingga kini.

Ahad, Jun 19, 2016

Sedikit tentang Ithaf Al-Dhaki

Secara keseluruhan, Ithaf al-Dhaki dapat dianggap sebagai pembelaan, sekaligus upaya kompeomi, al-Kurani terhadap gagasan-gagasan pokok Ibn Arabi berkaitan dengan doktrin-doktrin mistiko-filisofis Islam. Sejumlah bagian daei karya ini menekankan pandangan spesifik para sufi terhadap posisi al-Qur'an, hadis Nabi, dan teologi para filsuf.

Prinsip dasar pembahasan al-Kurani dalam Ithaf al-Dhaki adalah menerima ajaran-ajaran umum yang dikemukakan oleh para ulama dalam tradisi sunni dan mereka yang disebut sebagai generasi salaf al-salih, ia kemudian menafsirkan serta memperluas cakupan makna ajaran-ajaran tersebut hingga sejalan dengan doktrin-dontrin dalam tradisi sufi. Hasil perpaduan dua tradisi inilah yang menjadi ciri penting pembahasan Ithaf al-Dhaki, dan dengan ini pula tampak wajah sejati al-Kurani sebagai seorang 'rekonsiliator', yang berkeinginan agar pandangan-pandangannya dapat diterima sebanyak mungkin, termasuk mereka yang menjadi kelompok penentangnya. Dalam level tertentu, Ithaf al-Dhaki juga merupakan koreksi dan penafsiran ortodoks terhadap pemahaman tasawuf yang heterodoks, panteistis, dan dianggap mengesampingkan aspek-aspek syariat, twrutama yang diakibatkan oleh salah paham terhadap doktrin-doktrin tasawuf yang terkandung dalam teks al-Tuhfah al-Mursalah. (hal. 5-6)

Sumber: Ithaf Al-Dhaki: Tafsir Wahdatul Wujud bagi Muslim Nusantara oleh Oman Fathurahman. Pustaka Miza: Jakarta, 2012

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...