Isnin, Jun 27, 2016

Berakhlak dalam berpuasa

Kita terlalu memikirkan hak hingga lupa apa tanggungjawab kita. Tangunggjawab kita antara lain ialah berakhlak baik. Malah menjaga maruah diri adalah satu daripada maqasid syariah. Tuntutan seperti hak bersuara, hak mendapatkan layanan sama rata atau hak-hak asasi manusia yang lain bolehlah dibuat selepas kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Apatah lagi hak untuk makan di khalayak kerana tidak berpuasa atas alasan uzur syar'ie.

Jika dahulu ada insan yang masuk Islam kerana jatuh cinta dengan akhlak yang ada pada penganutnya seperti yang ditunjukkan oleh Nabi, janganlah kita bersikap sebaliknya dengan tidak berakhlak baik. Malah, jika kita sedar akan tanggungjawab itu, kita tidak pun akan melampau menuntut hak-hak di atas tadi. Ini juga dinyatakan oleh Prof al-Attas sebagai 'Perjanjian Asali diri kepada Tuhannya Yang Hak - suatu kontrak individu...'. Tanggungjawab itu sudah menjadi sebahagian dari kita tatkala ditanyakan Tuhan di alam alastu - apakah aku ini Tuhan mu? Kita menjawab ya tanpa ragu-ragu. Tanpa ragu-ragu.

'Dengan kepercayaan yang teguh serta rela mengakui wujudnya Tuhan Yang menjadikan sarwa semesta alam, iaitu kepercayaan yang semualajadi bagi diri insan, maka timbul dalam dirinya itu pengertian bahawa kehidupannya mengundang tujuan yang tertentu; bahawa tanggungjawabnya ialah bagi melaksanakan tercapainya tujuan itu; bahawa berjaya atau tiada ia dalam amalan dan segala perbuatannya bagi tujuannya itu akan tentu dinilaikan kelak pada Hari Perhitungan.' (Risalah Untuk Kaum Muslimin, hal 75)

Sempena bulan Ramadan yang mulia, tatkala kita mengejar malam al-qadar dan berlumba-lumba mengejar pahala yang berganda-ganda, marilah kita sama-sama berdoa agar didekatkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar dan dijauhkan dari segala fitnah dan kekeliruan yang boleh memesongkan aqidah.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...