Sabtu, Jun 11, 2016

Dunia antikuaria menilai buku

Hari ini tercatat dalam sejarah, The Mysticism of Hamzah Fansuri cetakan pertama 1970 dibida pada harga RM1500. Salah sebuah magnum opus Prof Dr Syed Muhammmad Naquib al-Attas ini dibida pada harga permulaan RM100 dan naik perlahan-lahan dan kemudian mendadak ribuan ringgit menjelang penutup bidaan jam 10 malam.

Selepas keluar dari FB dan mengerjakan hal-hal di luar pejabat, saya dimaklumkan bidaan buku ini cukup rancak berlangsung. Memang kalau kita lihat komen pembida dan pemerhati, berlaku 'pertarungan' yang sangat mendebarkan, semata-mata mendapatkan buku ini. Mengapa harganya mahal? Ia bukan semata-mata kerana cetakan pertama tetapi isinya sangat bernilai tinggi. Banyak buku lain yang masih ada cetakan pertama tetapi tidak pula dinilai pada harga setinggi inj.
Sebuah buku yang baik akan sentiasa dihargai dan dicari-cari oleh insan yang tahu menghargainya. Sayangnya, buku ini tidak tahu bilakah akan diterbitkan kembali oleh penerbitnya sedangkan sudah terdengar cakap-cakap penerbitan semula akan dilakukan. Apakah penerbit akan terusik untuk mengusahakan penerbitan semula selepas melihat bagaimana bidaan ini dijalankan? Sama-samalah kita tunggu.

Beberapa bulan sebelum ini, saya berpeluang membantu kerja restorasi naskhah yang sama yang dimiliki seorang teman. Hasil kerja sangat kemas dan berkualiti, dengan perbezaan yang nyata antara sebelum dan selepas dibaiki. Jika ada buku-buku yang memerlukan rawatan segera akibat kecederaan parah, silalah hubungi saya. Kos adalah bergantung pada tahap kecederaan (seperti rawatan di hospital, semakin teruk kecederaan, kos rawatan pun meningkat)

Buku ini merupakan tesis doktoral (PhD) Prof al-Attas ketika di SOAS, London (1966). Tesis PhD di SOAS ya

*welcome to the antiquarian world

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...