Selasa, Jun 14, 2016

Tidak terbatas kepada Melayu

Satu perkongsian yang baik untuk dikongsi di sini. Sumber asal dari FB:

Karangan al-Attas sememangnya untuk kaum Muslimin khususnya. Meskipun beliau menegaskan Melayu dalam beberapa karangan, tetapi makna Melayu itu bukan sebatas ra...s (fizikal), tetapi lebih cenderung kepada keetnikan Melayu yang berbalik kepada bahasanya dan pandangan alam bahasa itu.

Ini juga bertujuan bagi menghadapi implikasi sosial berikutan ahli kaji masharakat dari kalangan sosiologist misalnya sudah maklum bahawa tiada Melayu dalam erti kata ras. Maka yang menjadi argumen sosiologikal mereka adalah status bumiputera itu. Ini satu bentuk keraguan.
Keraguan itu diciptakan untuk menunjukkan bahawa Melayu dan bangsa-bangsa lain hanya ciptaan negara bangsa, dan juga untuk menunjukkan semua manusia sama rata dalam erti kata falsafah humanisme, sehingga istilah seperti Austronesia yang dicipta oleh linguistic anthropologist yang merupakan seorang missionari kristian hendak diguna pakai bagi menggambarkan etnik asal malay archipelago yang sebenarnya presupposed sebagai pagan.

Kerana itu apabila dikatakan Melayu, ia seharusnya dirujuk pada tamadun Melayu, yang berbalik pada akar agamanya (din, madani, tamaddun) yang terjelma pada bahasanya. Ini merentasi ras, dan menafikan sentimen perkauman kerana Melayu hanya salah satu tamadun Islam selain Parsi, Arab, dsb, dan meskipun rupa bahasanya berbeza tetapi asasnya metafizik dan kalamnya sama (dengan rujukan kepada Sh. Hamzah Fansuri).

Maka, di sini argumen al-Attas tak seharusnya dibatasi pada Melayu sahaja (dalam erti kata ras itu) seperti banyak andaian ahli kaji sejarah dan masharakat. Apa yang lebih penting adalah seperti yang dinyatakan dalam perkara 21 hingga 29 Risalah untuk Kaum Muslimin, yang mengkritik presupposition ahli kaji masharakat; perkara-perkara ini untuk faham lebih lanjut perlu baca Prolegomena terutamanya.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...