Jumaat, Jun 10, 2016

Perginya The Greatest Muhammad Ali






Muhammad Ali dikebumikan hari ini di tanah kelahirannya, Louisville, Kentucky. Solat jenazah diimamkan oleh Imam Zaid Shakir dan dibantu oleh Shaykh Hamza Yusuf dan Dr Sherman Jackson.

Sukar bercakap tentang Ali kepada generasi sekarang, terutamanya yang tidak tahu betapa boxing adalah sukan yang menjadi tumpuan zaman 60-an dan 70-an. Paling menarik, Ali pernah berada di KL, bertarung dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada Jun 1975. Tetapi kita akan ingat Muhammad Ali buk...an sekadar kejaguhannya dalam boxing tetapi sifat kemanusiaan yang ada dalam dirinya terutama selepas memeluk Islam pada 1964, sebaik sahaja mendapat gelaran juara heavyweight dunia buat kali pertama. Dia tidak mahu menyertai tentera Amerika ke Vietnam kerana 'dia tidak ada masalah dengan Vietcong'. Dia tidak mahu membunuh orang, apatah lagi orang yang dia langsung tidak kenal. Keengganannya ini menyebabkan dia dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun (tetapi tidak dipenjarakan), didenda $10,000, paspotnya dibatalkan dan paling pedih, gelaran heavyweight dunia yang di dalam genggaman ditarik balik, lesen boxing digantung menjadikan dia tidak boleh bertarung di mana-mana gelanggang selama tiga tahun. Bayangkanlah, ketika itu tahun 1967, Ali dikemuncak kerjaya. Tiba-tiba Ali seperti 'jobless'. Tetapi dia tidak kehilangan apa-apa dalam dirinya. Namanya semakin harum dan sebaik sahaja kembali ke gelanggang, dia berjaya mendapat gelaran dunia kembali.

Ali bersara dari arena boxing pada 1981. Namun dia tidak berhenti dengan kerja kemanusiaan di sana sini. Dia didiagnos mendapat Parkinson pada 1984 dan kesihatannya semakin merudum dari semasa ke semasa. Kemampuannya berbicara juga terganggu dan pada 2013, Ali tidak boleh bercakap sepenuhnya. Pada usia 74 tahun, dia dijemput pulang.
Al-Fatihah buat Muhammad Ali (1942-2016).

*gambar pertarungan Muhammad Ali dan Joe Bugner di KL dari buku 'Muhammad Ali: The Illustrated Biography (Classic Rare & Unseen).

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...