Khamis, Jun 23, 2016

EURO dan EU Referendum

Portugal terpaksa menunggu ihsan menjadi empat pasukan terakhir layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan dalam EURO 2016 kali ini selepas tiga kali seri dalam peringkat kumpulan. Walaupun Portugal ada pemain berstatus bintang seperti Nani, Pepe, Ricardo Carvalho dan Christiano Ronaldo, ia tidak mampu memberi jalan mudah kepada Portugal untuk menang setiap perlawanannya. Sebagai rekod, CR kali ini mencatat pelbagai rekod dalam EURO - pemain pertama bermain banyak kali di EURO ...(17 perlawanan) dan menjaringkan gol dalam empat musim EURO. Namun EURO kali ini banyak kejutan dari pasukan yang secara tradisinya tidak menonjol di EURO seperti Wales, Ireland, Iceland, Albania dan Hungary. Melihat Wales dengan kehebatan Gareth Bale yang bersahaja membawa Wales ke tangga pertama Kumpulan B seperti mengingatkan kehebatan Didier Drogba yang membawa Ivory Coast ke Piala Dunia. Sedangkan Wales juga ada seorang permata - Ryan Giggs yang cemerlang bersama Manchester United dahulu. Moralnya di sini ialah perlawanan bolasepak ialah ialah perlawanan berpasukan. Kalau seorang diri sahaja hebat tanpa menjadi pemangkin kepada semangat pemain lain, tak ada gunanya. 

Namun dalam ghairah menonton EURO, jangan lupa hari ini 23 Jun Britain akan mengundi sama ada mahu kekal terus dalam Kesatuan Eropah atau tidak. Banyak perdebatan telah dizahirkan baik menimbangkan baik buruk Britain untuk bersatu atau bercerai dengan EU. EU referendum atau Brexit (British Exit) ini boleh dibaca di Google - ada banyak maklumat jika nak tahu tentangnya
*Setiap kali selepas tarawih menjeling-jeling juga kalau restoran mamak ada tayang perlawanan EURO (bagi perlawan jam 9 malam) tetapi hampa. Agaknya mahu Jemaah khusyuk bertarawih atau tidak melanggan siaran 421/424

--

Berlanjutan dari status EURO-Brexit pagi tadi, ini ada perkongsian menarik tentang Brexit dan EU Referendum sepintas lalu - kalau-kalau malas nak baca panjang-panjang.

Antara lain, Britain disarankan keluar dari EU adalah kerana mengawal migrasi dan penghijrahan masuk pekerja asing yang memberi kesan dari segi ruang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Orang British pun semakin takut dengan saingan dari pekerja asing yang menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. David Bec...kham kata dia mahu Britain kekal dalam EU.

Apa kurangnya dengan kita? Beberapa hari lepas saya mendengar di berita radio bahawa kerajaan tidak lagi mempunyai polisi yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk ke negara ini, tetapi pekerja asing itu dibawa masuk oleh syarikat yang memerlukan. Pelik mendengarnya. Pengalaman bekerja dengan syarikat yang mengguna pekerja asing sebelum ini memperlihatkan bahawa syarikat perlulah mendapatkan keizinan kementerian untuk membawa masuk pekerja asing. Apakah ini bermakna tanpa kerajaan membenarkan pun kelulusan tetap diberi kerana ada 'pemntaan' dari majikan? Jadi sifir mudah ialah, pekerja asing tetap boleh dibawa masuk, bukan begitu? Sebelum ini pernah kecoh sekejap apabila kerajaan bercita-cita membenarkan beberapa juta pekerja dari sebuah Negara dibawa masuk, tetapi dibatalkan apabila 'kontrak membawa masuk pekerja asing diberi kepada syarikat milik saudara terdekat dengan sang pemimpin yang meluluskan' - seolah-olah bermakna pembatalan itu disebabkan takut dengan label kroni, bukannya kerana kerisauan terhadap kebanjiran pekerja asing yang boleh mengancam peluang anak tempatan bekerja.

*Saya bukan anti-pekerja asing tapi anti-cakap pusing-pusing. Kalau boleh katalah boleh. Tak boleh cakap tak bleh

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...