Sabtu, Jun 25, 2016

Jurang generasi pasca Brexit

Statistik yang menarik untuk dinilai. Pasca ‪#‎Brexit‬, terdapat cakap-cakap yang menyalahkan 'orang tua' yang lebih banyak mengundi untuk keluar dari EU berbanding orang muda. Mungkin ini atas dasar pengalaman orang-orang veteran ini yang hidup sebelum pembentukan EU dahulu yang menyaksikan mereka hidup tenang dan bebas tanpa kehadiran imigran atau penghijrahan orang-orang asing ke UK. Kebanjiran imigran, itulah perkara pertama yang menjadi pertimbangan pengundi veteran. Mer...eka tidak fikirkan sangat tentang masa depan negara atau kesan kepada ekonomi, tetapi risau akan keselamatan negara, diri dan keluarga. Kalau boleh kita tafsirkan dari sisi lain, usia adalah faktor yang mempengaruhi pengundian kerana orang veteran tidak lagi memikirkan kepentingan duniawi (ekonomi, kewangan) tetapi perkara lain yang lebih menenangkan hidup mereka. Tak perlu hidup serabut dengan imigran.

Salah menyalahkan ini akan terus berlaku. Orang muda mahu kekal dalam EU kerana kepentingan masa hadapan yang mereka lihat cukup baik buat mereka. Tatkala dunia sudah semakin terbuka, mereka sanggup menerima kebanjiran imigran dan bersaing dalam dunia pekerjaan, berkongsi kemudahan dan bergaul dalam komuniti yang pelbagai. Perbezaan budaya, agama, adat, bahasa dan cara hidup bukanlah satu kepelikan, ia menjadi kebiasaan dan mereka mudah menerima perbezaan itu.





Kedua-dua kumpulan muda dan veteran mempunyai pandangan hidup yang berbeza terhadap hidup. Semakin kita dewasa, semakin kita sedar apa yang kita mahukan. Perbezaan antara generasi ini telah dijelaskan oleh Prof al-Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin. Antara yang menarik untuk dikongsikan:

'Ketiga-tiga golongn [baca: golongan belia, golongan setengah umur, dan golongan tua] yang merupakan isi masharakat Barat itu senantiasa tertawan dalam masalah penuntutan abadi mengenai ma'na-diri dan tujuan hidupnya; terus berputar-putar dalam daerah kekeliruan yang tiada terputus; masing-masing golongan tiada mencapai kesesuaian serta kepuasan dengan nilai-nilai hidupnya sendiri; masing-masing golongan tiada cocok dengan keadaannya tiada kena pada tempatnya.'
Jurang generasi ini berbeza dari apa yang terdapat dalam Islam, kerana menurut Prof al-Attas, 'Justeru sesungguhnya masharakat Islām yang benar mematuhi ajarannya tiada akan menderita penyakit generation gap dan identity crisis seperti yang terdapat pada masharakat Barat itu. Meskipun ada golongan belia dan setengah umur dan tua dalam masharakat Islām, namun tiada terdapat ruang perpisahan di antara golongan keturunan itu yang memisahkan dengan secara yang nyata dan seakan-akan mutlak kehidupan masing-masing.'

Masalah Jurang Generasi dan Krisis Identiti dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin (hal. 92-95) amat baik untuk diulangbaca bagi menilai situasi pasca Brexit.


Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...