Rabu, Jun 15, 2016

Permata dari ulama silam

Satu perkongsian yang baik untuk dari Nazmi Yaakub. Selalu aku mengintai-intai buku yang dia baca. Banyak tentang turath dan ulama Melayu. Ini antara yang baik untuk aku fikirkan. Sumber asal dari FBhttps://www.facebook.com/imzanazmi/posts/10154454827508643

Amalan yang disusun oleh ulama silam di alam Melayu yang diterima oleh anak murid mereka dan diturunkan kepada anak murid mereka yang sebahagiannya diamalkan oleh masyarakat tidak pernah dianggap tambahan dalam ibadat dengan makna mengubah atau menambah-nambah sesuatu atau dengan lain makna bid'ah dholalah yang merosakkan akidah umat Islam itu sendiri.

Sangkaan beginilah yang sekiranya dibiarkan mewabak dan meraja dalam diri pada suatu hari nanti akan mudah tergelincir sehingga sampai menanggap ada imam musyrik mengimamkan solat dalam masyarakatnya. Sekiranya seseorang imam itu dituduh musyrik, manakala makmumnya mengikut saja, tidakkah nanti ia akan menjalar pula kepada tuduhan makmum pun musyrik?

Adapun tanggapan masyarakat yang merasa sudah terbiasa dengan amalan seperti bacaan Yaasin pada malam Jumaat, hakikatnya bukanlah termasuk dalam mewajibkan sesuatu yang tidak diperintahkan secara khusus oleh Rasulullah SAW, sebaliknya suatu perasaan dalam hati yang merasakan 'andai tidak buat, pasti tidak puas hati dalam diri.' Ia tidak lebih daripada pembinaan tabiat dalam diri hasil daripada perbuatan yang dilazimi sejak sekian lama yang boleh dilihat dalam konteks tasawuf mahupun dalam psikologi moden.

Mungkin ada anggota masyarakat yang silap faham sehingga menganggap wajib seperti kewajipan agama, tetapi kesalahan ini tidak wajar untuk dijadikan sebagai blanket untuk menganggap anak murid para ulama silam dan umat Islam menambah-nambah amalan itu sebagai suatu bentuk tambahan yang menyesatkan.

Ini samalah dengan menganggap konsep manusia sebagai makhluk hidup yang berbicara sebagai tidak lagi benar kerana dalam pengalaman empirikalnya bertemu dengan orang gila atau orang bisu.

Apatah lagi anak murid kepada ulama silam juga adalah ulama yang dilahirkan oleh ulama berkenaan. Tanggapan bahawa anak murid mereka memesongkan ajaran para guru sebenarnya adalah juga menghina ulama silam kerana seolah-olah mereka tidak melahirkan seorang pun ilmuwan, sebaliknya melahirkan golongan sesat yang kemudian merosakkan masyarakat.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...