Hish! Geramnya.
Mata saya memandang dengan geram kearah haiwan kecil ini. Berjalan berduyun-duyun dalam satu barisan yang menyenget ke arah buku-buku saya yang tersusun rapi di atas meja. Saya segera mengangkat sebuah buku, melihat arah ke mana haiwan kecil ini pergi. Barisan panjang tadi terpisah dan berselerak, mungkin menyedari ada musuh menganggu.
“Apalah yang kau dapat pergi kat buku ni? Kau ingat buku ni makanan kau ke? Manis ke? Boleh makan ke? Larat ke kau angkat?” saya mengomel sendirian dalam nada yang telinga saya sahaja yang mendengarnya. Pantas tangan saya memicit dengan geram mana-mana yang sempat tangan saya kejar.
Geram sungguh saya. Puas hati bila dapat melihat mereka terbunuh di tangan saya. Mana- mana yang agak liat untuk mati, saya tonyoh sekuat rasa. Yang lain saya tiup agar mereka jatuh ke bawah. Tak larat rasanya nak bunuh semua!
“Hah! Jangan bunuh semut tu!” satu suara menegur. Saya menoleh kearah suara itu.
“Jangan kerana seekor semut, kita tak masuk syurga!” suara itu menyambung. Saya terdiam. Tangan yang tadi pantas menonyoh semut-semut yang ada kini terkaku.
Tak masuk syurga? getus hati saya. Tiba-tiba saya menjadi teragak-agak dan menoleh kembali kearah suara tadi.
“Eerr… ,” saya terdiam, tergamam, tidak mampu mengucapkan apa-apa.
“Jangan bunuh semut tu. Dia tak bersalah. Dia cuma cari makanan,” dia bersuara lagi tanpa memandang saya, sebaliknya sekadar tekun membaca buku yang ada di tangannya. Agaknya dia memerhatikan saya sejak dari tadi.
“Bukannya bunuh…,” saya terdiam. Hmm…Kalau bukan bunuh, apa pula? Hati saya bertanya sendirian.
“Abis tu?” kali ini dia menoleh ke arah saya. Saya masih tergamam. Ayat ‘tak masuk syurga’ itu cukup menusuk hati saya. Bunuh semut tak masuk syurga? Hmmm.. ada benarnya.
Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Betul juga katanya. Haiwan kecil ini tak bersalah, Cuma mencari makanan. Langsung tidak mangganggu malah tidak menggigit saya pun. Semut-semut ini cuma menumpang lalu di atas meja saya dan menuju kearah buku saya. Mungkin buku itu menarik perhatian mereka. Saya membelek buku yang saya angkat tadi. Tiada apa yang menarik.
Tetapi saya rasa, bukan buku ini yang menarik perhatian mereka. Saya perhatikan selanjutnya arah perjalanan mereka. Ooh! Masih panjang rupanya barisan mereka ini. Menuju kearah tiang meja dan langsung ke arah lantai. Di situ ada seekor kumbang yang telah mati. Itu rupanya mangsa mereka.
Saya memandangnya yang sedari tadi memerhatikan saya. Perasaan bersalah wujud dalam diri. Bunuh semut tak masuk syurga? Ayat itu terngiang lagi ditelinga saya. Saya perhatikan semut yang sudah mati, yang sudah saya lenyek dan tonyoh sehingga terbelah-belah dan leper badannya.
“Saya tak suka semut,” kata saya dalam perasaan bersalah.
“Iyalah, kalau tak suka pun, janganlah bunuh semut-semut tu. Dia tak ganggu kita. Dia pun nak hidup juga,” dia membalas sambil membuatkan perasaan bersalah saya semakin menebal.
Saya pandang lagi semut yang dah mati, barisan semut yang panjang hingga ke lantai dan kumbang yang dikerumuni semut. Dia masih memandang saya, memerhatikan reaksi saya seterusnya. Saya memandang lagi kearah semut, barisan panjang dan kumbang.
Perkara paling senang bagi saya, jangan sediakan apa-apa sumber untuk sang semut ini datang. Kalau tak suka semut, jangan bunuh kerana kaum kerabatnya cukup banyak. Buangkan sahaja kumbang itu, habis cerita.
Semut, maafkan saya. Saya mahu masuk syurga!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
89 ulasan:
Dulu kecil-kecil saya suka main 'wrestling' semut. Cabut sesungut dua ekor semut, lepas tu letak sekali, 'wrestling' ler semut tu.
Semut saya pun nak masuk syurga juga, huhu :)
Assalamualaikum Zeti... siapa punya suara agaknya eh... Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Saya telah baca cerpen anda dlm BM hari ini.Tahniah!
Congrats.. semoga bakal melangkah jauh lagi. masih terkenang hari-hari bersama pemuisi & Sumayyah IIUM.
Ida...wresling semut? Isk...dahsyat tu..... :-)
En. Wan, terima kasih. Itu percubaan pertama. Alhamdulillah, berhasil.
Zkea, Insya Allah, aku dah pilih jalan ini. Moga-mga ada kebaikannya dan aku berusaha untuk yang lain pula. Kau doakan akulah ya! Kau bila lagi? :-)
Teringat satu cerita, Nabi Isa (as)
telah diberitahu oleh penduduk kampung tentang seorang pemuda bernama Qashar yang suka berbuat dajjal iaitu menutup tempat takungan air, mengotornya dengan air ludah. Nabi Isa membantu menyelesaikan masalah itu dengan doa,mohon Allah mengutuskan seekor ular agar pemuda itu tidak kembali ke kampung itu.Esoknya Qashar tiba dengan membawa roti waktu itu bertemulah dia dengan seorang ahli ibadat.Lelaki itu bertanya,"Adakah
sesuatu dapat kau berikan padaku,
atau tunjukkan ku sesuatu agar aku dapat melihat." Lembut hati Qashar
telah memberikan sekeping roti dibalas dengan ujaran,"Agar Allah mengampunkan dosa dan membersihkan hatimu." Semakin lembut hati Qashar diberikan sekeping lagi, dibalas dengan ujaran, "Agar Allah menyediakan sebuah mahligai buatmu di syurga.".Di pendekkan cerita Qashar pun kembali ke kampungnya hingga meyentakkan penduduknya yang tidak mahu dia kembali lalu mereka memberitahu kepada Nabi Isa.
Nabi Isa(as) bertemu dengannya dengan pertanyaan, "Apakah kebaikan
yang telah kau lakukan pada hari ini?" Qashar pun bercerita tentang bungkusan roti-rotinya dan doa lelaki itu terhadapnya.
Nabi Isa meminta dilihat bungkusan rotinya dan ternyata di dalamnya ada seekor ular yang terikat dengan tali besi."Mengapa tidak kau patuk pemuda ini seperti yang aku perintahkan?" " Benar, tetapi seorang lelaki telah meminta roti darinya dan dari setiap roti itu didoakan dan di setiap doa itu malaikat telah mengaminkannya, kemudian Allah memerintahkan malaikat mengikatku dengan rantai besi ini, itulah yang berlaku."
Lalu Nabi Isa (as) mengujarkan kepada pemuda itu, "Wahai Qashar, mulai hari ini berbuatlah baik, sesungguhnya Allah telah mengampunimu."
Nyatalah dengan pasti bahawa tidak sentiasa semua kita akan menjadi jahat seumur hidup kerana Rahman dan RahimNya, kasih dan sayangnya tanpa mengira siapa kita,Allah akan tetap cintakan kita. Lantas amatlah perlu kita mentaatiNya dengan bertaubat di atas kesilapan kesalahan dan sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya.
" Usah bunuh semut lagi, ia antara makhluk Allah yang sentiasa berzikir."
Dalam proses mencari ruang. Adala menulis sedikt, tak serius lagi. Masih terlalu banyak komitmen yang perlu didahulukan. Jemput melawat zkea.blogspot.com
salam,
di bilik saya di sini semuanya tidak ada. semut, lalat, cicak, labah-labah. semuanya tidak tahan sejuk langsung hibernasi di bawah tanah barangkali.
meow~
Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua sukakan syurga. Hatta sampai semut pun nak masuk syurga....masuklah......
Persoalannya...pernahkah kita diberitahu bahawa kita dimasukkan kedalam syurga secara terus! tanpa perlu di "overhauled" di dalam neraka?
Inilah persoalan sebenar. Allah t3elah menjanjikan bahawa seseorang yang tidak mensyirikkan Allah pasti syurga. Cumanya Allah tidak mengatakan kita terkecuali dari neraka....paling kurang pun kena celur atau....hadapai bahang nya saja..atau....atau.......
"Anda memang sentiasa dalam perhatian kami, Zeti. Awas!"
~Raja Semut~
alamak, raja semut! takutnyaa....
Anonim, betul tu. Tapi manusia ni memang selalu lupa.
Dan juga suka buat-buat tak tahu.
6cQXFI The best blog you have!
8RVsVI Nice Article.
Magnific!
Wonderful blog.
Thanks to author.
Thanks to author.
Magnific!
Good job!
Magnific!
Please write anything else!
Thanks to author.
XPMGkU write more, thanks.
Thanks to author.
Nice Article.
Good job!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Nice Article.
Good job!
Thanks to author.
Nice Article.
Good job!
Wonderful blog.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
When there's a will, I want to be in it.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Give me ambiguity or give me something else.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Give me ambiguity or give me something else.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
The gene pool could use a little chlorine.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Wonderful blog.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
Give me ambiguity or give me something else.
Give me ambiguity or give me something else.
Oops. My brain just hit a bad sector.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
Give me ambiguity or give me something else.
Save the whales, collect the whole set
Give me ambiguity or give me something else.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
All generalizations are false, including this one.
Save the whales, collect the whole set
Change is inevitable, except from a vending machine.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Oops. My brain just hit a bad sector.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
When there's a will, I want to be in it.
Save the whales, collect the whole set
All generalizations are false, including this one.
When there's a will, I want to be in it.
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
Change is inevitable, except from a vending machine.
Thanks to author.
Magnific!
Good job!
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
All generalizations are false, including this one.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Give me ambiguity or give me something else.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
All generalizations are false, including this one.
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
Good job!
Catat Ulasan