Jumaat, September 22, 2006

Kaya



Kekayaan semula jadi yang Allah kurniakan hendaklah digunakan untuk mencapai kekayaan di muka bumi ini kerana tidak ada halangan kita mencari kekayaan di muka bumi ini asalkan ia dari sumber yang halal, cara yang halal. Ia mesti berguna untuk manusia lain. Dan yang penting sekali, ia hendaklah dijadikan JAMBATAN untuk menghubungkan kekayaan di akhirat. Lebih baik papa kedana kalau kekayaan itu menjerumuskan ke dalam neraka. Dan lebih baik kaya raya kalau kekayaan itu memudahkan jalan ke syurga. Jangan kata miskin akan masuk syurga, kaya masuk neraka. Siapa punya idea? Siapa punya branding begitu supaya Islam ini nampak daif dan miskin supaya boleh dipijak-pijak?

Siapa yang kata kaya akan masuk neraka? Dan secara kontrasnya, miskin akan masuk syurga? Setahu saya yang berlagak, meninggalkan solat (kerana miskin, mencari wang sepanjang masa) adalah orang miskin. Orang kaya pun ada begitu. Jadi kaya atau miskin bukan penentu masuk syurga neraka.

Sumber: Armansur

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bagaimana memberi kekayaan kepada Baitulmal agar rakyat yang miskin berpeluang menjadi kaya?
Di rantau sini, nikmat kekayaan peluang berbuat kebajikan...dana terhimpun atas kekayaan hati pemilik yang mengurus pemberian Allah dengan sentiasa 'menjadi tangan yang di atas'setiap masa. Memberi kerana dermawan fahami makna budiman.Malangnya jika kekayaan memiskinkan pihak yang lain...itu nyata tapak menjejak ke 'mana'.
Syurga neraka tanda kuasa Pencipta.
Dalam ekonomi ada jugakah unsur
'hegemony'...sewajarnya kaya atau miskin tidak dipandu untuk menerbitkan rasa ragu yang serba salah untuk membenarkan helah...
Program kebajikan dasari dengan kejujuran.Bagaimanakah rasanya luka jika simpanan ada tetapi atas 'juang panas membara' tidak mampu mencairkan kebekuan yang dipaksa. Khilaf pada siapa jika semua, kita dipaksa untuk menerima tanpa rela.Bangkit suara yang mendesak menyalah memberi olah, sedang seleweng jutaan mahu dihimpun memerlukan masa.
Akhlak memberi impak definasi manusiawi... Hanya akhlak Muhammad SAW dijadikan insan pilihan bagi menyempurnakan kemuliaan pekerti.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...