Selasa, September 09, 2008

Nota Ramadan 5

Paling saya tidak suka ialah bila ada orang sesuka hati buat lawak (bodoh) atau sekadar buka cerita tentang ‘korek-hidung-boleh-batalkan-puasa.’ Cerita yang diulang-ulang tiap kali Ramadan tiba, menjadi satu cerita lawak yang tidak menjemukan untuk diulang siaran saban tahun. Apakah harga a.k.a pahala puasa kita ini dinilaikan serendah mengorek hidung? Dengan korek hidung boleh batal puasa. Oh!


Jauhkanlah kisah karut ini di kemudian hari. Ia sekadar menjadi bahan ejekan anak-anak kecil yang baru belajar puasa untuk mencari alasan mudah membatalkan puasa, kerana ia dengan mudah boleh dibatalkan dengan hanya mengorek najis pada hidungnya sendiri. Titik.



Bandar Baru Bangi

5 September 2008


.

Tiada ulasan:

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...