Sabtu, Mei 10, 2008

AAC dari novel kepada filem – Yang mengecewakan dan Yang Terpesong

Membaca dan menonton adalah dua perkara yang menghasilkan impak berbeza. Dengan membaca kita sekadar mengkhayalkan sendiri suasana. Apa yang di gambarkan oleh penulis, sama ada jelas atau tidak kita sendiri yang cuba membayangkannya. Tentang plot, watak dan latar, semua itu kita cipta sendiri dalam kepala. Betul atau tidak itu adalah kepada penafsiran sendiri. Dan biasanya ia berbeza-beza antara seorang individu kepada individu yang lain.

Menonton memberi kita gambaran yang luas. Kita jelas dengan sesuatu watak, memahami latar malah plotnya di susun bagi memudahkan pemahaman. Tetapi, penafsiran terhadap cerita ini biasanya terletak ditangan pengarah yang menjadi teraju, pelakon yang memegang watak, jurukamera yang mengekploitasi suasana serta si penulis skrip yang mencipta dan menggubah cerita itu.

Masalah sering timbul bila sesuatu naskhah itu cuba diterjemah ke medan lakon. Jarang sekali ia cuba 100% menepati teks asal. Memang begitulah, kerana tidak semua bahan cerita asal boleh dilakonkan. Hanya pada babak tertentu yang benar-benar memberi signifikan diambil, dan ada yang di cicirkan dengan syarat ia tidak mengganggu perjalanan cerita. Sering kali berkalu kecelaruan kerana ia tidak menepati konsep asal. Sememangnya begitulah. Apabila sesuatu perkara itu jatuh bukan kepada tangan yang asal, ada yang di ubah-ubah dan di tukar agar menepati citarasa si penggubahnya.

Banyak naskhah yang telah cuba di lakonkan. Di luar negara misalnya, Harry Porter menjadi gilaan dan sentiasa di tunggu-tunggu. Begitu juga dengan Lord of The Rings, The Rainmaker, Forrest Gump dan The Godfather (sekadar menebut beberapa tajuk). Di Malaysia, ada juga usaha menerjemahkan karya ke layar perak. Antaranya Ranjau Sepanjang Jalan, Paloh juga karya Tan Sri P Ramlee seperti Hang Tuah.

Novel Ayat-ayat Cinta menjadi satu fenomena di Indonesia sekitar tahun 2005-2007 hingga meneggelamkan kehangatan Harry Porter ketika itu. Ketika saya membeli AAC, ia sudah masuk cetakan ke 12. Sekarang, dengan cetakan terjemahan di Malaysia, entah berapa ribu naskhah pula yang terjual. Ramai yang membuat ulasan AAC, sambil ada yang cuba mempersoalkan apakah ia novel serius atau novel pop. Bagi saya, sesuai dengan namanya, sebuah novel pembangun jiwa, ia benar-benar membangunkan sebuah jiwa, andai ia kosong dan sepi.

Apabila AAC difilemkan, ramai yang menanti sama ada ia boleh sama meletup seperti novelnya. Saya mencari-cari ulasan, membaca kritikan. Ramai yang kecewa kerana filem AAC jauh dari apa yang di tuliskan oleh Kang Abik. Apabila saya menontonnya malam tadi, saya juga terasa yang filem AAC tidak mampu membangunkan jiwa. Ia tidak membicarakan cinta dengan tulus, tidak menghalusi watak-watak dengan ikhlas, tidak melukiskan Mesir dan Al Azhar dengan menarik. Oleh kerana telah membaca komen negatif sebelum menonton, maka perasaan kecewa turut sama keluar biarpun belum habis CD pertama. Filem AAC sekadar memperlihatkan cinta pada lapisan pertama, tanpa cuba melihat wacana cinta yang cuba di perlihatkan oleh Kang Abik dalam novelnya.

Seperti kata Pn Nisah dalam komentarnya disini :
Itulah yang berlaku, apabila novel ini berpindah medium - dari novel kepada filem - apa yang dijangkakan berlaku, memang berlaku. Filem itu hanya menyerlahkan aspek cinta lalu menenggelamkan segala wacana yang cuba disampaikan pengarang.
Kecewa, ya memang. Tetapi seperti yang telah saya katakan awal tadi, penafsiran si pengarah dan penulis asalnya memang jarang-jarang akan menemui titik persamaan. Sekaligus filem AAC tidak mampu diangkat menjadi satu fenomena seperti novelnya.

1 ulasan:

iSunik berkata...

Saya kurang mengikuti perkembangan dunia filem. Tapi sejak akhir-akhir ini cuba berjinak kembali kepada alam buku. Saya fikir setiap pengarah yang ingin menterjemah cerita dari buku yang popular sudah semestinnya memikirkan impak penceritaan difilem kepada penonton.

Buku mempunyai pengikutnya tersendiri dan penggemar buku, saya rasa, mempunyai imiginasi yang tinggi dan mudah menerima penceritaan yang mendalam dan terperinci. Penggemar sesuata genre buku juga tidak ramai dan terhad.

Filem pula cuba menengahkan sesuatu yang sukar dibaca oleh ramai orang, kepada umum yang secara biasanya lebih mudah menerima penceritaan yang mungkin emosional, tapi mudah difahami.

Oleh itu ada perbezaan ketara disitu dari segi penerima cerita. Adakah kita penonton cerita atau pembaca cerita atau pendengar cerita? Setiap kelompok ini memerlukan kaedah penceritaan berbeza saya fikir.

Pembaca cerita yang menonton sudah tentu dapat lihat perbezaannya, tapi bagi yang hanya menonton, penilaian mengenai cerita hanya dibuat semasa menonton filem. Perkara ini yang difikir pengarah filem semasa menyusun cerita, mungkin.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...