Jumaat, Mei 16, 2008

Kampungku dalam laman siber

Saya singgah di blog Mira, yang merupakan dua pupu saya. Err..maksudnya nenek saya dan datuknya (atau neneknya? takpasti :-P ) adik beradik. Kiranya, abah saya dan emaknya (emak ke abah dia aaa...lupa!) adalah sepupu. Maka saya dan Mira jatuh jadi dua pupu. Oh, panjangnya. Kalau anak saya dan anak Mira, jadilah tiga pupu (haha!).

Dari blog Mira, saya temui lama blog kampung saya, Kampung Bukit Tunggal, Jementah, Segamat, Johor. Oh, sudah mantap sekarang. Kampung sudah ada laman web sendiri. Laman web ini di bina oleh orang yang ada pertalian dengan saya juga... hmmm apa hubungannya saya tak pasti. Dua pupu? Tiga pupu? Bapa saudara sepupu? Ermm...

Jauh di sudut hati, saya bangga dengan kampung saya, iaitu kampung asal abah. Hampir keseluruhan penduduknya mempunyai pertalian persaudaraan. Jika balik ke kampung pada Hari Raya, beraya ke rumah saudara mara ibarat beraya ke rumah seluruh penduduk kampung. Menarik juga. Namun yang sedihnya, saya tidak mengenali mereka semua. Hanya yang terdekat. Mungkin kerana kami (saya) jarang pulang ke kampung sewaktu kecil dahulu akibat kekangan kewangan. Bila sudah besar dan ada kemudahan, mereka pula sudah berganjak usia. Anak-anak pula ramai yang berhijrah ke luar. Berlanggar bahu di Kuala Lumpur atau di mana-mana pun tidak sedar. Jahilnya rasa ketika itu.

Ada kisah menarik tentang salasilah keluarga kami, sejak dari kampung ini di buka lebih kurang tahun 1900-an (kalau tidak silap). Ketika Hari Keluarga di adakan pada tahun 2005, ketika itulah saya mengenali dan mengetahui kisah sebenar keluarga serta mengenali keturunan kami yang sebenarnya berasal dari Indonesia. Dan mereka berhijrah ke Tanah Melayu bukan sebagai pekerja atau pengembara, tetapi sebagai pedagang. Dalam erti kata lain, darah yang mengalir di tubuh badan saya adalah darah usahawan dan peniaga (bangga!). Nantilah, bila ada kelapangan, saya akan cari semula kisah yang di nukilkan dalam brosur hari keluarga yang masih tersimpan dalam khazanah di bilik kecil saya.

ketika itu, melalui family tree yang di pamerkan pada ruang pameran yang kecil, dapatlah saya mengenali nama-nama yang selama ini di sebut-sebut serta mengenali siapa dia ini, siapa dia itu. Yang lebih penting ialah mengetahui dia ini rupanya cucu wak ini, atau dia itu cicit embah itu, atau dia ini rupanya sepupuku, atau oh dia ini rupanya bapa saudaranya itu. Ada yang sudah berpangkat datuk saudara biarpun masih muda dan bercucu tatkala belum beruban.

Macam-macam kisah dalam keluarga besar kami. Seperti yang saya katakan di atas, nanti saya ceritakan sejarah kampung dan salasilah Kampung Bukit Tunggal yang cukup dekat dengan keluarga kami.



.

3 ulasan:

mira berkata...

Kak Zeti ^_^v

Yang adik beradiknya arwah embah lanang saya dengan Embah Tirah. Anak arwah boyot.

Mak saya anak arwah embah lanang. Abah bukan orang Johor, tapi orang Pahang. Jadilah saya pun anak jati Pahang juga :)

Yang buat website tu paman Jit, paman saya, adik bongsu emak. Boleh jadi paman dua pupu kak Zeti lah agaknya :p

Norziati Mohd Rosman berkata...

Haha...tu dia. Lagi panjang cerita nampaknya. Kene bukak buku family tree.

Paman Jit tu Fauzi tu ke? Kalau dia adik bongsu emak Mira, kiranya dia sepupu abah akaklah. Jadi, dia bapa saudara (paman) Mira dan juga bapa saudara sepupu (err...paman sepupu?) dengan akaklah?

:-P

mira berkata...

Haha. Agaknya.

Family tree paman dah mula buat. Lama dah. Cuma takde sokongan kot. Kalau penulis hebat macam kak Zeti ni hulur bantuan, pasti lagi bermakna dan pemudah kerja ;)

Masih di UIA? Ada kerjaya sampingan lain lagi? ;)

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...