Dengan rakan sebaya, saya membahasakan diri aku. Dengan yang muda, saya membahasakan diri akak. Dengan yang lebih berusia, saya membahasakan diri saya. Dengan adik-adik, saya di sapa Along. Saya menggunakan aku kerana saya orang Johor, asalnya Johor, surat beranak Johor, no ic 01 - kod negeri Johor biarpun sudah 22 tahun menetap di Negeri Sembilan.
Dalam blog ini, awalnya saya menggunakan aku. Apabila saya baca entri lalu, sapaan aku nampaknya kelihatan kasar. Mungkin kerana terlalu selesa dengan sapaan begitu, saya menjadi tidak kisah. Tapi saya merasa tidak selesa, kerana tidak semua orang boleh menerima sapaan aku. Saya tahu, yang membaca blog ini juga merasa tidak selesa.
Untuk entri seterusnya, saya berusaha menukar aku kepada saya supaya nampak lebih mesra. Untuk keselesaan semua, supaya nampak lebih mesra :-)
Sabtu, Jun 10, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
4 ulasan:
Terima Kasih.
keakuan aku sudah biasa dalam karya sastera kerana sastera itu karya yang mau menonjolkan keakuan. ada sesuatu dari aku yang erlu ditonjolkan, maka berkaryalah si AKU itu. hahaha
Tapi ramai pula yang tidak senang dengan keakuan. biarpun dunia semakin hilang sempadan, masih ada rupanya yang mahukan yang baik-baik sahaja dalam berbahasa. Terima kasih Tn Rastom dan Shen!
panggilan "aku" lebih mesra, bila berdoa pun "aku".
tetapi bila dlm situasi rasmi "aku"
mungkin disalah anggap sbg "org asli" =P
Catat Ulasan