Khamis, Jun 01, 2006

Sesatkah?

Kak D, cuma sekali sekala datang ke pejabat saya. Dia datang bila perlu, bila ada temu janji yang diatur oleh pelanggan. Kadangkala dia sengaja datang awal bagi mengemas biliknya. Kadangkala bila terlalu awal, saya jadi mangsanya, untuk menjadi teman dia bercakap, sebab dia ni memang suka bercakap. Tapi Aiman tak kisah.
Satu hari dia membuka satu cerita. Cerita tentang dirinya. Yang bila aku dengar, hampir terbeliak jugalah mata, tapi buat-buat tak tahu dan kontrol dalam diam. Dia mengakui dan menyatakan kebenaran akan dirinya - yang dia belajar TASAWUF. Mula-mula aku terdiam juga, lama-lama aku jadi kagum, kerana mulutnya mula menuturkan fakta-fakta yang boleh mengesahkan dia memang belajar tasawuf. Tapi aku tak kisahlah apa ilmu yang dia belajar, sama ada aliran yang betul atau aliran yang menyimpang. Aku sendiri tak tahu kesahihan perkara sebegini. Dunia sekarang ni manusianya macam-macam. Aku sendiri tak kuasa mahu menghakimkan samada seseorang itu lurus jalannya atau tidak. Biarlah Allah sahaja yang menentukan. Aku sekadar dengar. Bak akat Atuk aku, dengar boleh, percaya jangan.
Tapi ada satu perkara yang menyebabkan aku rasa tak sedap hati. Dia menyatakan yang dia tidak memakai tudung adalah kerana dia mengikut mazhab yang memberi kebenaran kepadanya untuk tidak bertudung. Buat seketika aku terdiam dan tidak membalas kata-katanya, sambil cuba mengorek memori. Manalah tahu, tetiba memang ada mazhab yang kata seperti yang dia kata.
Lama-lama aku senyum. Makin lama, makin banyak rasanya benda silap yang dia cakap dan dia buat. Aku tak membalas, mahpun membantah. Sekadar senyum. Dia tahu, dia seorang sahaja di sini yang tidak bertudung dan dia sedar akan lirikan mata-mata yang menyindir penampilannya. Dalam pada masa yang sama dia mengakui selalu bertahajud dan membaca Qur'an serta berusaha berjaga malam untuk beribadah. Dia juga berusaha menegakkan pendiriannya yang tidak bertudung itu. Ada pelanggan yang datang kepadaku menceritakan perkara yang sama, seolah-olah dia berbangga yang dia tidak bertudung dan ada mazhab yang membenarkan dia berbuat begitu. Aku tidak berkata apa-apa, sekadar diam dan senyum.
Bila aku utarakan perkara ini kepada bos (bos aku perempuan), dia terbelalak.
"Heh! Ada ke macam tu? Masa di kubur nanti, kita cuma ditanya, 'apa agamamu?' bukannya ditanya 'apa mazhabmu?'. Mana boleh macam tu?"
Sekali lagi saya senyum dan terdiam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih kerana sudi melawat laman blog saya. Silalah beri tunjuk kepada diriku yang mentah dan jahil ini dari semasa ke semasa.

Selamat Sejahtera untuk sepangjang hari.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Boleh galakkan beliau baca buku "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung".

Norziati Mohd Rosman berkata...

Pn, betul juga...hmmm

Khalid Jaafar berkata...

Seingat saya dalam khutbah talkin yang saya selalu dengar soalan pertama yang akan ditanya oleh malaikat adalah "Ma Rabbuka?" "Siapa Tuhan kamu?," bukannya "Ma Dinnuka?" "Apa Agama kamu?"

Norziati Mohd Rosman berkata...

Setahu saya, apa agamamu adalah salah satu soalan wajib. Kalau tak silap sayalah. Kalau silap, saya mohon maaf. Kena buka buku lagi jawabnya..

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...