Seminggu dua ini saya rasa macam mati kutu. Saya mencari punca, tetapi tak tahu kenapa. Agaknya mungkin kerana terlalu memikir akan perancangan masa depan hinggakan saya merasa 'tak berapa betul'. Saya ini senang sahaja, kalau rasa bosan, pergilah ke kedai buku. Lihat buku sahaja dah boleh menenangkan fikiran. Kalau orang lain pergi shopping, atau gila shopping, kaki saya akan pantas menuju ke kedai buku. Biasanya, perancangan mahu melihat buku sahaja, tetapi kalau dah hantu buku, pantang jumpa pasti nak beli.
Mungkin 'mati kutu' saya ini ada kaitannya dengan buku. Selepas Tunggu Teduh Dulu oleh Faisal Tehrani yang habis saya baca minggu lalu, saya tiada 'stok' buku untuk di baca, melainkan majalah sastera yang ada. Jadi saya rasa, saya perlu cari stok baru.
Semalam, saya ke MPH Wangsa Maju, berhajat melihat-lihat buku. Belek-belek buku terjumpa dua buku menarik. Benih Semalu oleh A Samad Said dan Siri Biografi A Samad Said. Saya beli kerana dua perkara - pertama kerana harga yang murah, kedua kerana oleh A Samad Said dan tentang A Samad Said. Pada mulanya saya terkejut kerana harganya murah, buku A Samad Said di jual pada harga murah? Terkejut kerana ia buku seorang sasterawan. Tidak hairanlah Pak Samad pernah 'merajuk' satu ketika dahulu.
Saya sedang berusaha mengkhatamkannya. Pada rak sudah ada beberapa hasil karya Pak Samad. Sekarang ini, saya berusaha mengumpulkan hasil karya mereka dalam usaha memantapkan bahasa dan mencambahkan idea. Supaya bahasa menjadi cantik dan nahunya betul dan tidak ganjil.
Jumaat, Jun 09, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
2 ulasan:
Saya pun suka merayau di kedai buku - di kinokuniya, di borders, pustaka antara, pustaka indonesia (sekarang dah tukar nama: fajar ilmu baru (tingkat 2 wisma yakin; yang di tingkat bawah saya dah lupa namanya). di mana saja saya pergi, kedai buku adalah satu daripada tempat saya cari - di madinah, di mekah, di delhi, di beijing di jakarta, di singapura.
:-)kaki buku, hantu buku..kemana-mana pun begitu, tetap buku yang di cari. Sebab tu orang bosan dengan saya. Bercakap dengan buku, tidur dengan buku, makan pun dengan buku (ini betul!)Tak apalah, sorang-sorang pun, hidup dengan buku.. betul en Wan?
Catat Ulasan