Jumaat, Disember 08, 2006

Satu hijrah diri


Beberapa minggu kebelakangan ini saya cukup merasa terganggu. Pada satu saat, mencurah idea di blog juga menjadi sesuatu yang amat payah. Hinggakan saya langsung mematikan diri dari dunia maya. Entah mengapa, saya tidak pasti.

Kemudian saya duduk menyelidik diri. Melihat, mungkin ada yang salah telah saya buat. Mungkin juga. Dan mungkin perlu saya melakukan HIJRAH. Hijrah kalau dilihat dari perspektif yang lain bermaksud membawa dan merubah diri ke paradigma yang berbeza, ke jalan yang lebih baik, menuju ke arah yang lebih syumul. Perubahan yang saya lakukan pada diri akan sedikit sebanyak tempias kepada blog. Pengisian akan lebih berbeza, lebih bermakna dan lebih matang dengan nafas yang berbeza dan nada yang lebih segar. Mungkin kerana usia, mungkin kerana pengalaman, mungkin juga kerana macam-macam. (Hmm..Sesekali diri mahu juga berubah kearah yang lebih baik)

Untuk berhijrah, jalan pertama yang mahu saya ambil ialah meminta maaf kepada semua andai ada tutur kata dalam entri mengusik mana-mana perasaan tanpa sedar. Ada kalanya saya berbicara tanpa menyedari ada yang telah terasa iri atau benci. Maafkan saya dan maafkan saya!

Satu perkara lagi, 31 Disember ini saya resign lagi, berhenti kerja dan menukar kerja dalam mencari sesuatu yang perkara yang saya kejar. Sesuatu yang lebih besar daripada yang telah saya nikmati tahun ini. Semoga hidup tidak lagi kelam kabut dan akan lebih tersusun supaya saya boleh mengatur semuanya dengan tenang. Insya Allah, saya tidak akan berpaling lagi.

Kepada Cikgu Faisal Tehrani, dan yang lain juga, saya mahu – janji dengan diri – jangan berpaling lagi!

Oh ya, perubahan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Mungkin sudah sampai saatnya untuk saya lebih matang berfikir dan berbicara, seperti mana saya yang dahulu, yang telah hilang kerana angin semilir yang datang rupanya merubah diri dan peribadi.

Dan saya tidak akan berhenti berlari!

1 ulasan:

z'kea m.s berkata...

Bukan mudah mencari kekuatan untuk berhijrah. Rasanya perkiraan yang dibuat telah mengambilkira semua kemungkinan. Apa yang terbentang di hadapan adalah pilihan. setiap pilihan ada risiko dan cabaran. Kalau hijrah adalah yang terbaik buat diri.. teruskan. Semoga berjaya menggapai awan.

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...