Rabu, Disember 27, 2006

Sepatah kata buat dia yang melalui kelam semalam

Dia asyik merenung derita silam. Kerap melihat duka semalam.
Dia tahu tiada guna mengimbas derita.
Namun duka yang dibawa saat remaja memberi parut masa depan yang payah di duga.

Sesekali ku bertanya dan kadang kala cuba memberi. Andai itu boleh dikatakan kasih seorang teman atau seorang kakak.
Ku cuba berkongsi, jika dia mengerti. Membantu mengisi sepi, membawa senyum pada wajah, membuang memori dari ruang fikir, meniup pergi mendung semalam.
Bukankah mentari kan tetap bersinar?

Telah ku ajarkan itu.
Untuk melupakan ialah dengan tidak mengingati.
Ia mampu pergi. Namun terserah kepada diri untuk melakukan.
Jalan yang lurus tanpa belok itu membosankan.
Itulah hidup ibarat sebuah perjalanan.

(Dan ku harap dia mengerti akan itu)

Taman Melawati
Rabu 21 Disember 9.00am

3 ulasan:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

salam, boleh pinjam sajak ni tak, nak letak kat blog saya?

Norziati Mohd Rosman berkata...

puteh, nak pinjam? pinjamlah.

lepas tu kena pulang balik...

:-)

Cikgu Siti Homestay Taman Indah berkata...

terima kasih!.. kira ambik jelah ye.. saya tak pandai nak bersajak.. nak pulangkan pun mesti tak sedap...

ahahahha

p(^_^)q

0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari

Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...