Bila saya duduk seorang diri, saya terfikir apakah memang manusia ini dijadikan perlu untuk berkawan? Saya tidak dapat lihat signifikannya. Mereka yang datang mengadu dan berkongsi cerita dengan saya ialah orang yang ada masalah dengan kawan. Jadi, apa gunanya kawan jika kawan itu tidak boleh menolong kawannya, jika benar-benar rapat dan akrab?
Seperkara lagi, bila perempuan itu telah menemui seorang lelaki yang dirasakan ‘Mr. Right’, maka istilah kawan baik atau teman akrab tadi akan terbuang begitu sahaja. Semuanya ditinggalkan dan hiduplah mereka seperti belangkas – berdua ke sana, berdua ke sini. Tidak cukup dengan berjumpa, telefon pula. Sudah makan atau minum pun, sibuk di tanya. Tiada soalan lainkah?
Saya cuba juga mencari seseorang yang boleh dikatakan seorang ‘teman rapat atau teman baik.’ Saya meminta, lalu Allah beri. Memang seronok bila berkongsi cerita, duka, nestapa. Tetapi hubungan manusia ini mana boleh kekal lama. Sesekali gelora melanda, ribut taufan membawa bencana.
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana saya menghadapi saat dukacita, kecewa, hampa. Tambahan pula perempuan, ada masa dan ketika emosi datang merubah sikap.
Jawapan saya: ALLAH.
ALLAH
Jika keadaan benar-benar mendesak, saya akan berbual dengan sesiapa sahaja – makcik yang menyapu sampah pada awal pagi, tokey kedai sebelah yang jual macam-macam jenis ubat, tukang masak di restoran belakang pejabat saya, auntie yang jaga kedai membaiki peralatan elektrik di hujung lot bangunan ini atau budak pencuci kereta di parking lot di hadapan pejabat saya. Sesiapa sahaja. Asalkan ada orang yang saya boleh berbual. Selepas itu bingung dan serabut saya akan pergi.
Jika masih bingung lagi, saya akan telefon sesiapa dan ajak makan. Saya minta dia pinjamkan telinga sebentar, sumbat perutnya dengan makanan, suruh dia diam dan jangan simpan apa-apa dalam memori. Dia sekadar jadi tempat saya bercakap. Sesekali terfikir, elok juga bercakap dengan dinding. Dan kadang kala, saya memilih untuk bercakap dengan dinding. Dengan tingkap. Dengan kerusi. Dengan meja. Dengan lampu. Dengan pintu. Cuma sejak beberapa bulan kelakangan ini, saya rajin menaip segala benda dalam laptop, kemudian biarkan dia berselerak dalam macam-macam folder.
# Saya menulis entri ini semasa dalam keadaan bingung. Inilah sahaja cara meluah rasa ;-)
# # Entri ini juga memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. Tetapi bukan untuk satu individu sahaja. Untuk semua juga. Jika benar-benar terasa, saya minta maaf. Kalau tidak menasihatkan, nanti tersilap jalan pula.
79 ulasan:
Kawan dan teman penting..cuma kita perlu tahu setakat mana peranan mereka. Sebab kawan bukanlah pergantungan tapi penyeri kehidupan. Indahnya punya kawan.. tenangnya punya teman. Dengan kawan dan temanlah kita akan melakar coretan memori warna-warni sepanjang hidup ini. Bayangkan jika kita mengakhiri hayat kita tanpa kawan dan teman mendoakan di sisi..
Cuma sesekali kita memilih untuk bersendiri sambil melakukan sesuatu yang kita seorang sahaja fahami..
Assalamualaikum Ziati,
Minggu ini minggu yang terakhir saya berada di sini,sudah mula teringat rumah yang ditinggalkan, mungkin debu dari pasir memenuhi ruang tamu kami yang sering sepi...
Ada juga masanya kita tidak memerlukan kawan,tidak berteman tidak bermakna tiada bersaudara.
Kita sering mengutamakan erti sahabat hingga mengabaikan makna saudara.Kita masih boleh belajar dan berkomunikasi dengan pancaindera
dan mengeksploitasikan kecanggihan teknologi sebagai media berbicara.
Ilmulah yang menjadi petunjuk antara yang hak dengan batil,yang halal dengan haram.Tetapi,apakah bila ini diutarakan lalu kita menyempitkan ruang fikiran dan di anggap tidak mahukan kemajuan? Sewajarnya tidak kita diadu dombakan pada kekeliruan yang mengancam keamanan hanya kerana buah fikir yang mahu dipertahankan mesejnya.Menghayati tuntutan agama mengajar kita untuk menjadi taat, menghormati dan perlu dihormati.
Malang sekali berlainan berbeza wajah warna ditemukan pendirian untuk saling bercuriga.
Bagaimana kalau kita berusaha biar diri kita menjadi seorang kawan yang baik?
Kalaupun kita tidak ditakdirkan mempunyai seorang pun kawan baik, sekurang-kurangnya kita memberikan orang lain merasa..
Saya sendiri tak ada kawan yang betul-betul baik. Adalah salah untuk bergantung hidup dengan seorang sahaja, menganggap dirinyalah yang terbaik sehingga menutup mata kita untuk melihat kebaikan orang lain.
Tetapi adalah salah juga kalau menyangka kita boleh hidup sendiri. Percayalah kerana saya juga pernah berpendapat sedemikian dulu, hanya bergantung kepada ALLAH, tidak memerlukan org lain. Tetapi satu perkara menyedarkan saya -
Saya ingin mendekati Allah, bangun menghadapnya kala Subuh tetapi tiada orang yang mengejutkan saya. Saya tidak percaya setiap orang dalam setahun itu hari-hari dia boleh bangun sendiri. Mesti ada sehari yang dia memerlukan orang lain yang mengejutkannya. Kecuali orang yang benar-benar wali.
Saya cuba, sedang dan sentiasa belajar meminta dan berharap dan bergantung HANYA pada Allah sahaja tetapi sesekali desakan hati meronta-ronta untuk berkongsi dengan seseorang yang boleh memberi maklumbalas serta-merta tanpa menafikan bahawa merujuk pada ALLAH adalah sebaik-baiknya, bukankah "Doa itu adalah senjata mukmin"
8x3vrK The best blog you have!
cdcKcK Wonderful blog.
Good job!
Magnific!
Thanks to author.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Hello all!
Thanks to author.
Please write anything else!
Thanks to author.
Good job!
VkkOdh write more, thanks.
Please write anything else!
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
Wonderful blog.
Thanks to author.
Wonderful blog.
Nice Article.

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Change is inevitable, except from a vending machine.
Give me ambiguity or give me something else.
Save the whales, collect the whole set
Hello all!
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Good job!
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
A flashlight is a case for holding dead batteries.
All generalizations are false, including this one.
When there's a will, I want to be in it.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Good job!
Oops. My brain just hit a bad sector.
All generalizations are false, including this one.
Suicidal twin kills sister by mistake!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Lottery: A tax on people who are bad at math.
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Give me ambiguity or give me something else.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Save the whales, collect the whole set
When there's a will, I want to be in it.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Please write anything else!
A flashlight is a case for holding dead batteries.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Thanks to author.
Change is inevitable, except from a vending machine.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

Catat Ulasan