Apabila tertekan, kepala saya ligat meluah rasa. Kadangkala, tulisan seperti ini terhasil secara tiba-tiba. Awalnya bukanlah untuk di jadikan entri. Sekadar satu cara melepaskan diri dari tekanan dan kebosanan. Maaflah jika ia terlalu peribadi. Kadang ala bila mulut terkunci, hati pula lancar berbicara. Kadangkala...
Sesekali saya duduk menyelak akhbar, memasang telinga bual bicara manusia sekeliling, membaca blog atau melayari laman web sambil kepala berputar mencari idea, seringkali hati saya merintih sedih dan pilu. Ada yang telah saya tinggalkan dan ada sesuatu yang saya cari tetapi saya tidak jumpa. Saya tidak tahu apakah itu.
Melihat pelbagai perkara bermain dan berlegar disekeliling saya membuatkan hati sering merintih sedih. Saya tidak menyatakannya kepada sesiapa, malah kepada Allah jualah saya panjatkan doa supaya menunjukkan saya kepada jalan yang lurus, membantu saya menghadapi hari yang saya lalui, menguatkan iman dalam perjalanan ini dan supaya hati terus teguh kepada ajaran-Nya. Saya juga berdoa agar keputusan yang saya lakukan setiap hari itu adalah dalam keredhaan-Nya dan berada didalam hidayah-Nya, bukan yang berlandaskan syaitan mahupun kehendak hati.
Dunia ini semakin mencabar saya kira. Tetapi bila sesekali pulang kekampung, saya temui kedamaian yang saya tidak dapat untuk gambarkannya. Mungkin ini saya kita satu pencarian dalam perjalanan. Perjalanan yang tidak tahu bilakah penghujungnya, dan bilakah ia akan berakhir.
Tahun ini, genap sepuluh tahun saya tercampak di Kuala Lumpur sesudah SPM membawa saya ke perut ilmu. Mujurlah saya memilih UIA, namun cabaran besarnya ialah ia terletak di Kuala Lumpur, bukan di Kota Bharu, bukan di Sungai Petani atau di Alor Gajah. Kuala Lumpur, ibukota yang cacamerba.
Sewaktu mengisi borang UPU, saya bertanya pada diri, universiti manakah yang mahu saya pilih. Bagi yang datang dari sekolah harian biasa, luar bandar, dan terpinggir seperti saya - bukan sekolah asrama, bukan sekolah agama - biasanya pilihan adalah UKM atau UTM. UPM ketika itu masih bernama pertanian, manakala UM mahu bertukar status kepada swasta yang tidak memungkinkan saya memilihnya memandangkan kedudukan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan.
Akhirnya saya menghitamkan ruangan UIA disaat teman yang lain memilih IPT lain. Mereka hairan, tetapi saya tidak mengendahkan. Mungkin ini juga doa emak, kerana dia yang mahu saya ke UIA. Kenapa? Kerana saya rasa kerana ada anak seorang jiran yang berjaya kesana. Malah ketika darjah 4, ada seorang ustaz yang mengajar Agama Islam melanjutkan pelajaran ke UIA di kampus Petaling Jaya ketika itu. Saya pernah berutus poskad dengannya sekali. Ustaz Zairin Alias namanya, saya masih ingat.
Dua tahun di Matrikulasi Lembah Pantai dan empat tahun Ijazah pertama di Gombak, saya mengharungi pengalaman pahit manis suka duka yang tidak terucapkan. Saya jarang bercerita kepada keluarga apa yang berlaku, mungkin atas resam saya yang kurang bercakap, tetapi saya sekadar ambilnya sebagai pengajaran kerana dugaan hidup sendirian bersama teman-teman membuatkan saya banyak berfikir tentang kehidupan.
Setelah tamat belajar pada 2002, saya kembali ke kampung seketika dan mencuba kerja sebelum pulang kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana hingga sekarang, hingga saat ini yang menyebabkan jiwa saya rasa seolah kosong dan tersepit. Banyak yang berlaku dan banyak yang terjadi. Mujurlah darah ‘Jawa’ yang mengalir mneyebabkan saya seorang yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa bekerja. Rehat saya hanya waktu tidur. Itu memang tidak dapat saya nafikan.
Awalnya, saya bekerja sambilan dengan gaji dikira mengikut jam tetapi dibayar hujung bulan dan gajinya diterima dua tiga empat bulan selepas. Habis waktu kerja, saya mengambil upah menjaga koperasi. Sabtu atau Ahad saya mengajar tuisyen dengan beberapa tempat. Hendak dikata lumayan tidak juga, tetapi cukuplah awal kerja mengajar erti hidup.
Kawan-kawan selalu bertanya sama ada saya mahu belajar kembali bagi mendapatkan Sarjana. Saya menjawab, “Mungkin, tetapi bukan dalam ekonomi. Bidang lain,”
“Bidang apa?” tanya mereka kehairanan, mungkin belum pernah dengar jawapan seperti itu.
“Sejarah, Sosiologi, Undang-Undang atau Akaun,” kerana saya percaya ilmu itu luas dan banyak cabangnya. Saya sendiri mahukan pelbagai cabaran. Cukuplah ilmu ekonomi yang ada sebagai asas dan bekalan dan kemudian saya sebarkan pula ilmu itu kepada yang lain, sesuatu yang belum dapat saya lakukan.
Dari semasa ke semasa saya bertanya pada diri apa yang saya cari dan apa lagi yang saya mahukan dalam hidup. Saya pernah merasa jawatan yang ‘menarik’ (sebagai PA kepada GMD), gaji yang lumayan (pelbagai kemudahan termasuk elaun rumah! Walhal staff lain tak dapat) dan bekerja tanpa menempuh kesesakan jalanraya (kurang 10 minit memandu dari rumah). Saya pernah ditawarkan sebagai Pengurus Cawangan yang saya tolak mentah-mentah kerana saya tahu, ini bukan dunia saya. Ada benda lain yang saya cari tetapi saya masih belum berjumpa.
Tahun lepas, saya mengambil Diploma Penterjemahan DBP-PPM (Kursus Komunikasi Masa Sesi 2/2006). Alhamdulillah saya lulus. Lepas sudah ujian pertama. Sejak itu saya mengaktifkan diri dalam dunia terjemahan. Mendapatkan tips dari senior penterjemah saya mempromosi diri dengan kad nama ciptaan. Saya tahu, ia bukannya kerja sehari dua. Mengambil masa yang buka sekejap. Awalnya saya rasakan saya telah menemui apa yang saya cari, tetapi masih belum temui jawapan. Namun, saya dapat rasakan ia semakin hampir.
Sekarang, selain menjadi penterjemah sambilan, saya menjadi part-time trainer di UIA untuk kursus skill First Aid yang saya pelajari semasa belajar dahulu. Bayangkan, saya pelajar bidang ekonomi, menyertai aktiviti ko-kurikulum secara sukarela yang menyebabkan saya perlu buat attachment atau praktikal di Jabatan Kecemasan dan Kemalangan (A&E) HKL sebanyak 120 jam. Sehingga tamat belajar, saya sempat habiskan 70 jam sahaja. Namun, pelbagai kisah manusia terlukis disitu.
Dalam masa yang saya saya masih lagi kejap dengan cita-cita mahu menjadi penulis – seorang penulis yang berkarya keranaNya dan demi menegakkan kalimahNya. Itulah doa saya saban waktu. 2006 ini saya menetapkan sesuatu dan Alhamdulillah saya perlu menarik sebelah kaki lagi untuk terus berlari.
Jadi, apa lagi selepas ini? Pernah saya berbincang sesuatu dengan abah melakukan sesuatu kerana saya yakin dengan usaha sambilan ini, saya boleh berdiri sendiri. Dan saya berhasrat mahu kembali ke sini, ke daerah yang telah 10 tahun saya tinggalkan. Saya rasa terpanggil membela nasib anak peneroka, anak-anak Felda yang terbiar, terpinggir dan dipandang sebelah mata.
Tetapi kemudian, saya fikir lagi. Sudah tamatkah pencarian saya dalam perjalanan ini?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0002 Catatan India-Kashmir | Menghitung Hari
Januari tahun lalu, sudah masuk fasa berdebar-debar memandangkan tarikh untuk ke India-Kashmir semakin hampir. Mengatur kerja, menyusun buk...
-
Terdengar lagu ini dalam kereta ketika memandu ke pejabat pagi tadi. Bait-bait liriknya indah di telinga dan sedap dibibir. Cepat-cept cari ...
-
Judul :Saga Penulis : Abdul Talib Mohd Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Cetakan :15, 1998Tebal : 388 ISB...
-
Hujung minggu yang lalu saya menghadiri aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Lentang, Karak atas undangan sebagai Pembantu Jurulatih. Saya di...
79 ulasan:
Assalamualaikum Ziati,
Berkongsi perjalanan memberkati pencarian...hanya pada perjalanan yang panjang,nokhtahnya adalah pada sumbangan pengalaman juga pelajarannya.Budi sejambak kuntum yang mewangikan pekerti andai para ibu dan bapa mampu memintal indahkan makruf memberi petunjuk untuk tidak melihat musibah sebagai mudharat tetapi lanjutan untk langkah yang lebih tersusun. Sumbangnya tatkala mungkar menyangkar raga hingga tidak dapat ditadbir lagi rupa corak oleh usaha yang berulangan untuk mempertahankan kehormatan.
Sehingga bila... sehingga seruan berbantulah sesama insan terhadap yang dizalimi juga yang menzalimi...tidak lagi kedengaran.
Inilah semboyan tulus luhur akhlak peribadi yang mesti menyantuni setiap peribadi muslim. Budaya islam mencetus fenomena sosial yang menyusun masyarakat dengan prinsip akhlak bersikap sederhana untuk menyeimbangi hasrat dan kewajipan.Generasi dididik akal dan hatinya untuk memajukan persekitaran agar dapat dimanafaatkan selari dengan ketinggian teknologi bukan berkadar pada urusan kepentingan peribadi.
Rasulullah SAW anugerah adil yang benar
saya mahu mencari, dan masih tercari-cari. tapi kadang-kadang kerana dihambat kesibukan, saya selalu terlupa dan pencarian saya dikesampingkan.
moga-moga saya tetap teguh dalam pencarian, seperti saudari.
Tuan tanah, setiap hari memang mencari. Mujur kita ada pegangan. Kalau dipegang ejap, memang kita tidak kan lari kemana.
semakin dalam meneroka "blog zeti" rasa semakin kagum.. semakin mengenali & memahami siapa zeti yg sebenar.. bila membaca artikel ini, rasa macam jenuh otak berputar kembali ke waktu lampau, di zaman kita aktif dlm persatuan, persatuan baju merah... mencari semula zeti.. yes!! ...ada yg tersembunyi, namun semakin berjaya dibongkar...
SslMEd The best blog you have!
kHLaHe Nice Article.
Thanks to author.
Good job!
Wonderful blog.
Magnific!
Good job!
Please write anything else!
Nice Article.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
P1nKWw write more, thanks.
Good job!
Thanks to author.
Good job!
Please write anything else!
Nice Article.
Please write anything else!
Hello all!
Nice Article.
Thanks to author.
Wonderful blog.
Thanks to author.
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
Friends help you move. Real friends help you move bodies
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Thanks to author.
Wonderful blog.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Suicidal twin kills sister by mistake!
Magnific!
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
C++ should have been called B
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
Nice Article.
Good job!
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Give me ambiguity or give me something else.
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Thanks to author.
Give me ambiguity or give me something else.
Save the whales, collect the whole set
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Suicidal twin kills sister by mistake!
Suicidal twin kills sister by mistake!
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Good job!
Give me ambiguity or give me something else.
Hello all!
Nice Article.
Oops. My brain just hit a bad sector.
When there's a will, I want to be in it.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
C++ should have been called B
Save the whales, collect the whole set
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
Nice Article.
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
Magnific!
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Hello all!
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Suicidal twin kills sister by mistake!
Change is inevitable, except from a vending machine.
Save the whales, collect the whole set
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Catat Ulasan